Cara Permohonan Moratorium Maybank PKP 3.0
Berikut merupakan cara membuat permohonan Moratorium Maybank untuk B40, M40 dan PKS serta golongan yang terjejas.
Program Bantuan Bayaran Balik atau Targeted Repayment Assistance (TRA) Maybank adalah pakej yang merangkumi pelbagai pilihan untuk meringankan beban kewangan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang berkurangan akibat daripada Covid-19.
Berikut adalah cara membuat permohonan untuk B40, M40 dan PKS serta golongan yang terjejas.
Isi Kandungan
Tarikh Permohonan Moratorium Maybank
Permohonan lanjutan moratorium atau bantuan bayaran balik ini boleh dibuat mulai 1 Jun 2021.
Lanjutan Moratorium Maybank Untuk B40
Program Bantuan Bayaran Balik atau Targeted Repayment Assistance (TRA) Maybank adalah pakej yang merangkumi pelbagai pilihan untuk meringankan beban kewangan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang berkurangan akibat daripada Covid-19.
Bantuan ini disasarkan untuk membantu pelanggan B40 dan PKS mikro.
Syarat Permohonan Moratorium Maybank
Pelanggan individu yang layak bagi moratorium automatik seperti diumumkan pada 31 Mei 2021 adalah:
- Individu B40 yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Bantuan Bayaran Balik Untuk M40
Bagi pelanggan M40 yang terdaftar di pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang pendapatan isi rumahnya dipengaruhi oleh wabak, pihak Maybank juga telah mempermudah proses permohonan di mana hanya dokumen pembuktian atau self-declaration yang diperlukan untuk proses permohonan.
Contoh dokumen tersebut termasuklah:
- Slip gaji 1 bulan yang terkini (Bagi yang bekerja)
- Untuk pelanggan bekerja sendiri
- Sekiranya akaun utama anda di Maybank, dokumen tidak diperlukan
- Sekiranya akaun utama anda di bank lain, penyata bank 3 bulan yang terkini diperlukan
- Surat tamat perkhidmatan / berhenti kerja dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda
- Surat pemotongan gaji dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda
Cara Permohonan
- Untuk membuat permohonan, sila layari laman web Maybank: https://www.maybank2u.com.my/
- Klik COVID-19 Assistance
- Pilih Kategori berdasarkan kelayakan anda
- Untuk B40 (TRA – Targeted Repayment Assistance)
- Untuk M40 (RA – Repayment Assistance)
- Klik ‘Send email for TRA’ atau ‘Send email for RA’ atau e-melkan terus permohonan beserta dokumen sokongan ke [email protected]
- Keputusan akan dimaklumkan dalam masa 5 hari setelah pihak Maybank menerima permohonan berserta dengan dokumen yang lengkap.
- Keputusan akan dimaklumkan kepada anda melalui panggilan telefon atau e-mel atau SMS.
Cara Permohonan Bantuan Bayaran Balik Untuk PKS
Bagi PKS yang terjejas, anda boleh hantarkan e-mel kepada alamat [email protected] dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Maklumat Lanjut
ntuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Careline Maybank di 1-300 88 6688 ( Malaysia )atau+603-7844 3696 (Luar Negara) dan tekan *1 untuk Bantuan Bayaran Balik / Lanjutan Moratorium Maybank.
Lain – lain:
- Kelulusan automatik moratorium bagi peminjam terkesan
- Surat Permohonan Beroperasi Syarikat PKP (1-14 Jun 2021)