Sumber Rujukan Globalisasi Anda

JAGUNG BAGUS UNTUK ANTIPENUAAN

Jagung (zea mays) ialah sejenis tumbuhan bijirin dari keluarga graminae yang merupakan satu spesies tunggal, merangkumi dua jenis yang mempunyai pertalian rapat iaitu teosinte dan Tripsacum, merupakan tanaman bijirin ketiga penting di dunia, ialah tumbuhan semusim yang tumbuh, membesar, mengeluarkan bijirin dan akhirnya menjadi tua dan mati.

Biasanya jagung mengambil masa 8-12 minggu untuk mengeluarkan hasil bergantung kepada jenisnya.Jagung manis digemari ramai dan dimakan terus daripada tongkolnya atau digunakan dalam masakan seperti kuih-muih.

Selain untuk dimakan , jagung juga banyak digunakan dalam bidang kesihatan dan dikatakan jagung bagus untuk antipenuaan dan beberapa khasiat lain yang beoleh meningkatkan tahap kecantikan dan kesihatan seseorang

 

JAGUNG BAGUS UNTUK ANTIPENUAAN

Isi Kandungan

Resepi  Jagung

Jagung sangat sesuai untuk dimakan oleh pebagai lapisan umur dan boleh dimasak dengan pelbagai menu masakan seperti

  1. Jagung Bakar atau Rebus
  2. Salad jagung
  3. Bubut Jagung
  4. Puding Jagung
  5. Bertih Jagung (Popcorn)

Apa Khasiat Jagung?

  • Jagung manis mempunyai pelbagai khasiat seperti serat, beta keratin, vitamin A, B, C, E dan K, folat, mineral seperti mangan, magnesium, zat besi dan banyak lagi.
  • Kandungan lain yang terdapat dalam jagung manis adalah seperti protein, karbohidrat, kalsium, kalium, sodium dan beberapa jenis elektrolit lain.

Khasiat Jagung Untuk Kecantikan Wanita

1. Memudarkan kesan jerawat

Jika anda sudah lama mempunyai masalah bekas jerawat, pastinya hal ini membuatkan kurang berkeyakinan. Jangan risau, dengan menggunakan jagung yang ditumbuk halus, sapukan pada bahagian hitam jerawat setiap hari. Ini kerana jagung kaya dengan vitamin E yang mampu menghilangkan kesan hitam dengan mudah.

2. Membaiki tekstur kulit

Mengamalkan makan jagung secara konsisten, mampu membuat kulit kelihatan lebih bersinar kerana kandungan mineral penting dan vitamin yang terdapat dalam jagung, memberi reaksi hebat terhadap kulit.

3. Kekal awet muda

Tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah, sememangnya mengundang ketakutan pada ramai orang baik wanita mahupun lelaki. Hakikatnya siapa yang tidak mahu kelihatan muda belia bukan?

Kekerapan makan jagung, dapat menjadikan kulit lebih awet muda kerana tahap antioksidan yang tinggi dan bagus untuk kulit wajah kerana jagung bagus untuk antipenuaan.

4. Mampu merawat kesan ruam dan iritasi

Sesetengah produk kosmetik ada menggunakan minyak pati jagung di dalamnya kerana jagung juga mampu memulihkan kesan ruam dan menghalang kulit daripada mengalami iritasi.

Apapun, kena mencuba terlebih dulu sebelum dapat hasilnya. Jangan malas ya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More