Kelonggaran Renew Lesen Memandu & Roadtax Hingga 31 Julai
Bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) (termasuk PSV/GDL) yang akan tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021, diberikan kelonggaran untuk memperbaharui (renew) LKM dan LMM mulai 1 Ogos hingga 30 September 2021.
Walaubagaimanapun, orang ramai perlu memastikan kenderaan memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan (e-cover note insurance) kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta.
Isi Kandungan
Hanya Kenderaan Perdagangan perkhidmatan Perlu Sahaja Boleh Beroperasi Di Kaunter Dalam Tempoh PKP
Bagi pengoperasian kaunter pula, semua urus niaga yang dibenarkan adalah yang hanya melibatkan kenderaan perdagangan Perkhidmatan Perlu (essential services) sahaja, yang memerlukan melakukan rentas sempadan negara, seperti berikut:
- Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM);
- Pendaftaran Baharu;
- Pengeluaran Salinan Vehicle Ownership Certificate (VOC) dan Maklumat Kenderaan Sahaja; dan
- Pembaharuan PSV dan GDL.
- Semua urusan adalah secara temu janji sahaja dan sebarang walk-in TIDAK dibenarkan;
Baca juga : Pengecualian Memperbaharui Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’
Urusan Renew Roadtax / Lesen UTC Ditutup Sepenuhnya
Bagi tujuan pengoperasian kaunter JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di seluruh negara, ianya akan ditutup sepenuhnya di sepanjang tempoh ‘total lockdown’.