Tarikh Program Saringan Covid-19 Percuma Selangor
Program saringan COVID-19 percuma anjuran kerajaan Selangor menyaksikan seramai 80,891 rakyat di negeri itu telah menyertainya. Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, angka tersebut juga telah melebihi sasaran awal yang diletakkan kerajaan negeri sebelum ini iaitu seramai 50,000 individu yang akan terlibat.
Inisiatif tersebut, jelas beliau, akan diteruskan melibatkan kawasan di daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam.
Dalam hantaran di Facebooknya, Amirudin berkata, program berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri yang dilaksanakan melibatkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula sejak 8 Mei lalu hingga 10 Jun ini.
Setakat ini, Selangor, kata Amirudin, merupakan antara negeri yang merekodkan jumlah tertinggi bagi pertambahan kes harian baharu.
Bagi penduduk DUN Bukit Melawati dan DUN Ijok serta penduduk sekitarnya boleh menjalani saringan COVID-19 secara PERCUMA pada hari Ahad, 6 Jun 2021. Lokasi tempat saringan adalah seperti yang tertera pada poster.
Sumber Amirudinshari.com