PdPR sehingga Cuti Pertengahan Penggal
Isi Kandungan
Sesi persekolahan yang akan bermula 13 Jun dan 14 Jun depan akan dilaksanakan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin, berkata ketetapan itu adalah turut terpakai untuk sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat yang berdaftar dengan Kementerian.
Menurutnya, sesi PdPR akan berlangsung untuk tempoh 25 hari sebelum bermula cuti pertengahan penggal bermula 16 Julai dan 17 Julai.
Menurut beliau, PdPR akan diteruskan perlu dilaksanakan sepanjang tempoh 25 hari selepas cuti pertengahan penggal bermula 13 / 14 Jun 2021.
Artikel lain : Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) oleh KPM
Ini berikutan situasi semasa yang menyaksikan kes positif wabak yang masih tinggi.
Ia tertakluk kepada semua sekolah KPM termasuk sekolah antarabangsa berdasarkan takwim masing-masing (rujuk takwim persekolahan KPM di bawah).
Bagi sesi persekolahan seterusnya selepas 25 Julai, KPM akan memaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum berdasarkan situasi wabak yang berlaku pada waktu itu.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa ibu bapa dan guru-guru boleh memanfaatkan rancangan pelajaran menerusi DidikTV sepanjang tempoh PdPR yang akan dilaksanakan.
Dr Radzi Jidin turut menyentuh tentang status Program CERDIK yang kini masih diteruskan dan sedang berjalan selari dengan jadual pengagihan peranti dan tablet seperti yang diumumkan awal tahun ini.
Setakat ini, 12,887 unit telah diagihkan, 40,290 pada 12 Jun dan baki 96,823 pada September 2021.
[PDF] Final Pengoperasian Sekolah
KPM komited memastikan semua peranti dan laptop dapat diagihkan mengikut jangka masa yang dijadualkan.
Semakan pendaftaran sekolah khusus SBP, SMKA, KV, SMT dan SMTKV boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 dan pendaftaran secara PdPR dibuat mulai 13 Jun dan 14 Jun.
Tarikh SPM 2021
Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini, tarikh peperiksaan SPM 2021 akan bermula pada tarikh berikut:
- Ujian lisan & Amali Sains : Februari 2022
- Peperiksaan Bertulis : Bermula Mac 2022
Saksikan sidang media ini secara LIVE di saluran yang tertera berikut:
- RTM : https://www.facebook.com/BeritaRTM
- BERNAMA TV : https://www.facebook.com/BernamaTV
- TV3 : https://www.facebook.com/BuletinTV3Official
- DIDIK TV NTV7 : https://www.facebook.com/DidikTVOfficial
- FB LIVE Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.facebook.com/KemPendidikan