Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Covid-19 Kenali Gejala Happy Hypoxia Sebelum Terkena

Saban hari, kes jangkitan Covid-19 semakin merisaukan. Ini juga termasuk kes-kes jangkitan yang tidak menunjukkan sebarang simptom oleh kerana jangkitan virus varian baharu. Salah satu simptom yang dikatakan menjadi ‘pembunuh senyap’ adalah Happy Hypoxia yang terjadi kerana kekurangan oksigen dalam badan.

Mungkin ramai yang tidak sedar tetapi anda kena ‘alert’ dengan kondisi sebegini! Jom baca penjelasan dari pakar.

Isi Kandungan

Gejala Happy Hypoxia

Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa berkata, Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan pada otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera.

Individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah. Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.
Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas. Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.

 

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mendedahkan, Happy Hypoxia mula dikesan menyerang segelintir pesakit Covid-19 di negara ini hasil pemerhatian klinikal yang dibuat kebelakangan ini.

Tidak hanya di Malaysia, gejala ini yang kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda turut berlaku dilaporkan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.

Cara Hindari

Covid-19 Kenali Gejala Happy Hypoxia Sebelum Terkena 1

Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.

Sumber Harian Metro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More