Kemaskini MySejahtera Sekarang Sebelum Kena Denda
Setiap individu semestinya mempunyai akaun MySejahtera oleh itu kerajaan telah mewajibkan pengguna untuk mengemaskini data masing-masing. Kegagalan berbuat tindakan tersebut boleh didenda seperti yang dilaporkan Harian Metro baru-baru ini di mana seramai 31 pekerja di Perak masing-masing didenda antara RM1,500 dan RM2,000 kerana gagal mengemas kini status kesihatan mereka.
Namun demikian, difahamkan mereka yang didenda itu berdasarkan Prosedur operasi standard (SOP) ini merujuk kepada SOP pengilangan dan bukannya SOP Am.
Cara Kemaskini
Berikut dikongsikan cara kemaskini MySejahtera yang dikongsikan oleh KKM.
- Buka Aplikasi MySejahtera
- Klik Status Covid-19
- Klik Start
- Jawab 6 soalan yang mudah
- Klik Submit
- Masuk bahagian Profile
- Klik Refresh dan siap