Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dr Zaharuddin: Touch n Go eWallet GO+ Tidak Patuh Shariah

‘Umat Islam Tidak Dibenarkan Menyertai GO+ Buat Masa Ini’, Dr Zaharuddin

Umat Islam digesa untuk tidak menyertai penggunaan eWallet Touch n Go yang terkini iaitu GO+ kerana ia tidak patuh shariah, kata Dr Zaharuddin menerusi sebuah hantaran di media sosial hari ini.

Bagi yang belum tahu, Touch ‘n Go (TNG) telah melancarkan satu produk pelaburan bagi pemilik e-dompet (eWallet) mereka yang dikenali sebagai GO+.

Dr Zaharuddin: Touch n Go eWallet GO+ Tidak Patuh Shariah

GO+ memberi kelebihan kepada pemilik e-dompet TNG di mana baki akaun mereka akan mendapat faedah harian sebanyak 1.47% setahun. TNG mensasarkan sejuta pengguna GO+ sehingga akhir tahun 2021.

Menurut sebuah laporan di Berita Harian hari ini, penggunanya sudah pun mencecah 1 juta.

Menurut Dr Zaharuddin, Penasihat Shariah, KWSP Simpanan Shariah, beliau menyatakan bahawa masalahnya bagi pengguna Muslim adalah GO+ melaburkan baki akaun pengguna di dalam Dana Pasaran Wang (Money Market Fund) yang diuruskan oleh Principal Asset Management (Principal), iaitu kerjasama di antara Principal Financial Group dengan CIMB Group Holdings.

Justeru, untuk makluman semua pengguna, Umat Islam TIDAK DIBENARKAN menyertai Go+ buat masa ini kerana produk sedia ada ini adalah TIDAK PATUH SHARIAH disebabkan pelaburan yang dilakukan secara bercampur tanpa sebarang pemantauan Shariah,” kata beliau.

Beliau turut menyertakan petikan dari web TNG sendiri yang mengakui produk ini belum melancarkan segmen patuh Shariahnya.

No. It is not Shariah-compliant as the fund’s underlying investments are in both Islamic and conventional banking products. However, we are currently looking at rolling out Islamic Fund(s) via TNG eWallet. We must ensure that we are in full compliance with the Shariah requirements before we roll it out to customers; hence, it will take some time to have this made available to customers.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk link berikut: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my/articles/1500004594921-Is-Principal-e-Cash-Shariah-compliant-

Sumber: Facebook Dr Zaharuddin Abdul Rahman

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More