Cara Kemaskini UPU Online Untuk Lepasan SPM
Disini kami kongsikan Cara Kemaskini UPU Online sebagai rujukan kepada semua pelajar khususnya. Maklumat penting untuk lepasan SPM 2020 apabila mendapat keputusan SPM pada Khamis 10 Jun 2021, Fasa Pengemaskinian hanya dibuka dalam tempoh 5 hari selepas keputusan diumumkan.
Maka, anda boleh login semula ke UPUOnline dan lakukan pengemaskinian pada senarai program yang dipohon sebelum ini.
NOTA: Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.
Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.
Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.
Isi Kandungan
Cara Kemaskini UPU Online
- Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/ [ Akan dibuka bila tiba waktunya ]
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
- Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.
Maklumat Lanjut
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL : [email protected]
Dimanakan untuk dapatkan No Pin UPU?
Para pelajar boleh mendapatkannya di BSN. Anda boleh rujuk Nombor Pin UPU BSN 2021 untuk cara mendapatkannya.