Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Harga Minyak Masak Naik Melambung, Ini Penjelasan KPDNHEP

Harga Minyak Masak Naik bukan lah isu baru. Sekali lagi minyak masak botol yang tidak bersubsidi menjadi isu hangat di media, di mana ia dikhabarbarkan telah dijual pada harga hingga RM32.00 untuk botol 5kg.

Perkara ini menjadi keresahan rakyat dan menimbulkan pelbagai isu di media sosial. Ia turut diambil maklum oleh pihak kerajaan dan khususnya KPDNHEP.

Dalam sebuah hantaran terkini di media sosial Facebook, KPDNHEP telah memberi penjelasan berkenaan harga minyak masak di Malaysia.

Isi Kandungan

Harga Minyak Masak Kawalan (Bersubsidi)

Untuk pengetahuan semua rakyat Malaysia, Kerajaan tidak tetapkan atau kawal harga minyak masak dalam botol kerana ia bukan minyak masak bersubsidi.

 

Berikut adalah penjelasan tentang harga minyak masak yang dijelaskan oleh KPDNHEP:

  • Kerajaan hanya menetapkan harga minyak masak bersubsidi yang dijual dalam pek polibeg 1kg iaitu RM2.50.
  • Harga minyak sawit mentah ditentukan oleh pasaran dunia, ada turun dan ada masanya naik.
  • Pada masa ini harga di pasaran dunia sudah mencecah lebih RM4300 metrik tan (berbanding sebelum ini hanya sekitar RM2500 metrik tan sahaja), bersamaan lebih kurang RM4.30 per kg sebelum diproses dan dibotolkan.
  • Ini bermakna kos minyak sawit mentah sahaja sebelum dibotolkan sudah melebihi RM21 untuk 5kg. Itu tidak termasuk kos-kos lain seperti pembotolan, pengangkutan dan keuntungan di peringkat kilang, pemborong, pengedar dan peruncit.

Baca Juga : Penebusan e-Belia RM 150 Dibuka Bermula 1 Jun (e-Wallet)

Perbezaan Minyak Masak Dalam Pek Dan Botol

“Sebenarnya kualiti minyak sawit bersubsidi dalam pek polibeg 1kg adalah sama dengan minyak sawit dalam botol.”

“Sejak dulu lagi Kerajaan memperuntukkan berjuta ringgit untuk minyak masak bersubsidi. Untuk 2021 sahaja, sekitar 60,000 tan metrik setiap bulan diperuntukkkan bagi kegunaan rakyat Malaysia.”

“Itu bersamaan dengan 60 juta polibeg 1kg sebulan atau 1.8kg minyak sawit untuk setiap rakyat Malaysia setiap bulan. Pengguna minyak masak di Malaysia mempunyai pelbagai pilihan.”

Harga Minyak Masak Naik Melambung, Ini Penjelasan KPDNHEP
Harga Minyak Masak Naik

“Oleh itu, terpulang citarasa dan bajet masing-masing dalam memilih jenis minyak masak, yang penting, utamakan kualiti dan nilai,” berikut merupakan hantaran daripada KPDNHEP di Facebook.

Penggunaan Aplikasi Price Catcher Untuk Semak Harga Minyak Masak Naik

KPDNHEP juga menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan Aplikasi Price Catcher untuk mengetahui dan membanding harga Minyak Masak Tidak Bersubsidi di premis perniagaan berdekatan dengan rumah anda.

Harga Minyak Masak Naik Melambung, Ini Penjelasan KPDNHEP
Harga Minyak Masak Naik

Katanya, aplikasi ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut Selain semak Harga Minyak Masak Naik

  • carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan;
  • fungsi untuk mengesan lokasi;
  • perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan;
  • fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map;
  • berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial; dan
  • hebahan (pop up banner) mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.

Inisiatif membangunkan Price Catcher ini diharap dapat membantu mendayaupaya pengguna agar bijak merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan serta menggalakkan golongan peniaga yang beretika dan meletakkan harga yang munasabah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More