Covid-19 2,435 kes sahaja di Lembah Klang
KUALA LUMPUR : Sebanyak 5,304 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak berkenaan dalam negara 657,508.
Angka itu menunjukkan penurunan berbanding semalam yang dilaporkan sebanyak 5,793 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan negeri tertinggi dengan pertambahan kes harian iaitu sebanyak 1,973 jangkitan diikuti Sarawak (544 kes) dan Kuala Lumpur (462 kes).
Baca Juga: Pendaftaran Vaksin Kerjasama Awam-Swasta MITI
Sehingga 13 Jun 2021, Jumlah kes yang dilaporkan adalah 5,304 kes (657,508 kes)
Kes Covid-19 Mengikut Negeri
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
- Selangor – 1,973 (214,958)
- WPKL – 462 (67,216)
- Sabah – 335 (66,043)
- Johor – 363 (64,639)
- Sarawak – 544 (55,443)
- Negeri Sembilan – 331 (33,782)
- Pulau Pinang – 256 (32,110)
- Kelantan – 179 (32,053)
- Perak – 121 (23,646)
- Kedah – 301 (21,871)
- Melaka – 145 (14,850)
- Pahang – 78 (11,614)
- Terengganu – 46 (10,567)
- WP Labuan – 158 (6,042)
- WP Putrajaya – 7 (2,116)
- Perlis – 5 (558)
Sumber Astro Awani