Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan RM500 MAIWP

Sebagai kesinambungan daripada Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 1.0 dan 2.0, permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 kini akan mula dibuka bermula 15 HINGGA 30 JUN 2021.

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan diberikan kepada golongan yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Bantuan Zakat Kecemasan

Isi Kandungan

Syarat Kelayakan

  1. Golongan B40 yang terjejas pendapatan
  2. Tinggal di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
  3. Pemohon BUKAN merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP
  4. Pemohon BUKAN penerima Bantuan Kecemasan COVID19 MAIWP 2.0*

Bagi penerima Bantuan Kecemasan COVID19 MAIWP 2.0*, RM500 akan disalurkan secara automatik.

Baca Juga: Permohonan Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 MAINS

Jumlah Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0

Mereka yang layak akan menerima Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP sebanyak RM500 dan penerima bantuan kecemasan 2.0 akan menerima RM500 seorang secara automatik mulai 15 Jun – 15 Julai secara berperingkat.

zakat kecemasan maiwp 3.0

Manakala semua penerima Bantuan Kewangan Bulanan akan menerima bantuan khas tambahan berjumlah RM300,

Bantuan Zakat Kecemasan

Cara Permohonan Zakat Kecemasan MAIWP COVID-19 3.0

Untuk memohon, sila isi borang secara online melalui pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/ (akan dibuka mulai 15 Jun 2021.)

Sila baca syarat permohonan dalam iklan dengan teliti dan isikan maklumat yang lengkap dalam borang permohonan.

Rujuk cara membuat permohonan mengikut langkah di bawah:

1. Daftar

Buka laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/

Pemohon perlu klik pada ‘Pengguna Baru’ untuk mendaftar nama bagi pertama kali menggunakan sistem.

Pemohon perlu mengisi SEMUA butiran diri termasuk kata laluan yang akan digunakan untuk akses/daftar masuk sistem kelak.

Setelah semua butiran telah diisi, pemohon perlu menekan butang DAFTAR.

2. Log Masuk

Pemohon perlu memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik pada butang LOG MASUK.

3. Isi Maklumat

Halaman Utama sistem akan dipaparkan setelah pemohon berjaya Log Masuk.

Pemohon dikehendaki menekan tab ‘MAKLUMAT PEMOHON’ bagi melengkapkan butiran pemohon.

Pemohon dikehendaki untuk MEMENUHKAN SEMUA BUTIRAN di bahagian berikut:

  • MAKLUMAT PERIBADI
  • ALAMAT
  • MAKLUMAT PEKERJAAN
  • MAKLUMAT RUJUKAN UNTUK PENGESAHAN
  • MAKLUMAT AKAUN dan
  • MUAT NAIK DOKUMEN.

4. Muat Naik Dokumen

Bahagian MUAT NAIK DOKUMEN, pemohon dikehendaki memuat naik dokumen berikut:

  • KAD PENGENALAN
  • BIL AIR/API
  • PENYATA BANK
  • SURAT DOKUMEN/LAIN-LAIN di dalam format pdf/jpg/jpeg/gif.

*Maksimum saiz dibenarkan adalam 2mb untuk satu muat naik dokumen.

Setelah semua butiran telah diisi oleh pemohon, pemohon hendaklah menekan
butang LANGKAH 1- KEMASKINI PEMOHON bagi menyimpan butiran tersebut.

5. Kemaskini Maklumat Tanggungan

Pemohon dikehendaki membuat LANGKAH 2 – KEMASKINI TANGGUNGAN
dengan menekan butang yang terletak di bahagian tab atas bersebelahan dengan
LANGKAH 1- MAKLUMAT PEMOHON.

Pemohon dikehendaki menekan butang TAMBAH TANGGUNGAN dengan mengisi
maklumat yang diperlukan.

Pemohon hendaklah memenuhi setiap butiran
seperti:

  • NO. KAD PENGENALAN
  • NAMA
  • TARIKH LAHIR
  • JANTINA
  • HUBUNGAN
  • PEKERJAAN
    dan menekan butang HANTAR.

6. Hantar Permohonan

Setelah pemohon SELESAI mengemaskini maklumat tanggungan, pemohon dikehendaki menekan butang LANGKAH 3 – HANTAR PERMOHONAN BANTUAN.

Pemohon boleh membuat semakan permohonan yang telah dibuat dengan menekan butang SEMAKAN BANTUAN.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung di Facebook Baitulmal MAIWP.

ATAU

Hubungi talian hotline:

  • 012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur)
  • 011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya)
  • 013 – 8516066 (Labuan)

Layari laman rasmi MAIWP : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More