Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2021/2022
Makluman untuk semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 / 2022, permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti kini dibuka secara online untuk pendaftaran dan kemaskini melalui http://upu.mohe.gov.my
Bagi calon lulusan SPM 2017 ke bawah dan lulusan selain SPM, anda juga boleh membuat Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my
Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki bidang TVET iaitu menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Lepasan SPM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkemahiran tinggi. Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
Lulusan program TVET, termasuklah Politeknik dan Kolej Komuniti mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik.
Isi Kandungan
Tarikh Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti
Permohonan online boleh dibuat sebelum tarikh tutup 2 Julai 2021.
Syarat Kemasukan Asas
Syarat kelayakan asas bagi permohonan ke politeknik dan kolej komuniti adalah seperti berikut:
Politeknik
- Politeknik Premier (5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan)
- Politeknik Konvensional/ METrO (3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan)
- Bahasa Melayu (WAJIB LULUS)
- Sejarah (WAJIB LULUS)
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains/FIzik atau Kimia
Kolej Komuniti
- Diploma
- Lulusan Sijil Kolej Komuniti
- Lepasa SPM dengan 3 kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan
- Sijil Kolej Komuniti
- Lulus SPM (Bahasa Melayu dan Sejarah)
Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
Bidang pengajian yang ditawarkan bagi Politeknik dan Kolej Komuniti untuk pelajar lepasan SPM adalah seperti berikut:
Diploma Politeknik
- Diploma Kejuruteraan Awam
- Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
- Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
- Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
- Diploma Seni Bina
- Diploma Ukur Bahan
- Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar
- Diploma Geomatik
- Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
- Diploma Kejuruteraan Elektrik
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)
- Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
- Diploma Bioteknologi
- Diploma Agroteknologi
- Diploma Akuakultur
- Diploma Hortikultur Landskap
- Diploma Pengurusan Acara
- Diploma Pengurusan Pelancongan
- Diploma Seni Kulinari
- Diploma Pengurusan Hotel
- Diploma Pengurusan Resort
- Diploma Pelancongan Rekreasi
- Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
- Diploma Kejuruteraan Perkapalan
- Diploma Senibina Kapal
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
- Diploma Kejuruteraan Mekatronik
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
- Diploma Akauntansi
- Diploma Insurans
- Diploma Kewangan dan Perbankan
- Diploma Pemasaran
- Diploma Pengajian Perniagaan
- Diploma Perniagaan Antarabangsa
- Diploma Sains Kesetiausahaan
- Diploma Pengurusan Peruncitan
- Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
- Diploma Keusahawanan
- Diploma Sistem Maklumat Perniagaan
- Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan
- Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi
- Diploma Kejuruteraan Kimia
- Diploma Teknologi Makanan
- Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal
- Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak)
- Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian
- Diploma Rekabentuk Grafik
- Diploma Rekabentuk Industri
- Diploma Seni Digital
- Diploma Pengajian Video Dan Filem
- Diploma Teknologi Media Cetak
- Diploma Animasi Kreatif
Untuk melihat semua Program Diploma yang ditawarkan di Politeknik Malaysia, calon boleh layari disini.
Sijil Kolej Komuniti
- Certificate in Culinary Arts
- Certificate in Food & Beverage Service
- Certificate In Recreational Tourism
- Certificate in Room Division
- Sijil Agroteknologi
- Sijil Akuakultur
- Sijil Animasi 2D
- Sijil Animasi 3D
- Sijil Dandanan Rambut
- Sijil Fesyen dan Pakaian
- Sijil Kulinari
- Sijil Landskap
- Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
- Sijil Operasi Perhotelan
- Sijil Pastri
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
- Sijil Pengembaraan Pelancongan
- Sijil Pengendalian Acara
- Sijil Pengoperasian Perniagaan
- Sijil Penyelenggaraan Bangunan
- Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
- Sijil Penyeliaan Tapak Bina
- Sijil Penyenggaraan Industri
- Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)
- Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi) Mod Bridging
- Sijil Perkhidmatan Logistik
- Sijil Rekabentuk Dalaman
- Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot
- Sijil Seni Visual Kreatif
- Sijil Servis Kenderaan Ringan
- Sijil Servis Kenderaan Ringan Mod Bridging
- Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
- Sijil Teknologi Elektrik
- Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)
- Sijil Teknologi Maklumat
- Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
- Sijil Teknologi Pembuatan
- Sijil Teknologi Pembuatan Mod Bridging
- Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
- Sijil Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara Mod Bridging
- Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih
- Sijil Teknologi Senibina
- Sijil Teknologi Telekomunikasi
- Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
Untuk melihat semua Program Sijil Kolej Komuniti di Malaysia, sila layari pautan disini.
Lokasi & Yuran
Yuran pengajian bagi politeknik dan kolej komuniti adalah serendah RM200 bagi satu semester. Pemohon yang layak juga boleh memohon bantuan pinjaman pendidikan daripada PTPTN.
Terdapat 38 buah Politeknik dan 104 Kolej Komuniti di seluruh negara.
Anda boleh lihat senarai politeknik yang ada disini manakala senarai kolej komuniti pula disini.
Cara Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2021 / 2022
Berikut adalah cara membuat semakan kelayakan dan permohonan atas talian:
- Mohon calon klik pada portal http://upu.mohe.gov.my atau http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp
- Masukkan No IC, pilih Sijil Pelajaran Malaysia untuk menu Kelayakan Akademik saya. Kemudian, key-in Keputusan SPM.
- Klik semak dan sistem akan paparkan senarai program yang layak di POLITEKNIK MALAYSIA dan KOLEJ KOMUNITI.
- Klik pada nama program yang dipaparkan untuk tahu maklumat lebih lanjut.
- Seterusnya calon kemaskini pilihan program pada borang UPU Online pada 15-21 Jun 2021.
- Keputusan permohonan diumumkan pada 16 Julai 2021.
Segala tarikh tertakluk kepada pindaan semasa.
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara manual melalui Politeknik atau Kolej Komuniti sehingga 20 September 2021).
Tarikh Rayuan / Semakan Keputusan Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti
CEPAT! Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Julai 2021.
Bagi calon lulusan SPM 2020, 2019 dan 2018
JANGAN LUPA untuk mengemaskini pilihan program pengajian anda bermula 15-21 Jun 2021 di pautan https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login
Sekiranya belum pernah memohon UPU tahun 2021, pelajar boleh membuat pendaftaran baharu di laman web UPU bermula 15-21 Jun 2021.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu anda ketahui.
- Semakan Keputusan Permohonan:Â 16 Julai 2021
- Rayuan Dibuka :Â 16 Julai 2021
- Rayuan Di tutup :Â 25 Julai 2021
- Keputusan Rayuan :Â 19 Ogos 2021
- Pendaftaran Pelajar Baharu :Â 20 September 2021
*Perubahan tarikh tertakluk kepada keputusan Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut
- 03 8888 3837 (waktu pejabat)
- 019 8683738 (whatsapp sahaja)
- [email protected]