MySejahtera; Pendaftaran Vaksin Anak Umur 12 tahun ke atas
Sehubungan dengan berita tentang Vaksin Covid-19, Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech diluluskan untuk kegunaan individu berumur 12 tahun dan ke atas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kali Ke-359 Berkenaan Pendaftaran Vaksin Covid-19.
“Comirnaty sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat pada 8 Januari 2021, digunakan bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas,” katanya pada Selasa.
Menurutnya, walaupun tambahan indikasi ini telah diluluskan, KKM berpandangan keutamaan pemberian vaksin masih lagi kepada kumpulan berisiko tinggi.
“Ia selaras dengan dasar sedia ada yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” kata beliau.
Sumber Sinar Harian
Anda kini boleh membuat pendaftaran vaksin anak – anak berumur 12 tahun ke atas dengan menggunakan aplikasi MySejahtera. Jika anak anda sudah ada smartphone sendiri, boleh sahaja berdaftar terus di MySejahtera.
Jika menggunakan smartphone ibubapa, anda boleh merujuk kepada langkah yang kami sediakan ini:
Cara Pendaftaran Vaksin Anak Di MySejahtera
- Tekan More
- Pergi Manage Dependants
- Lepas itu tambah vaccine dependants
Nota: Ada sesetengah isu yang dimana anda perlu delete dependants terlebih dahulu di Manage Dependant ekoran masalah hanya boleh tick pada umur 18 tahun ke atas sahaja.
Anda boleh ikuti gambar dibawah bagi langkah terperinci, tekan bulat hitam untuk cara seterusnya:
Baca Juga: Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2021/2022