KKM: Semua yang berdaftar dalam MySejahtera akan terima vaksin 2023
GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan semua individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera akan diberi tarikh janji temu untuk vaksinasi.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang memberikan jaminan itu menyeru orang ramai agar tidak bimbang serta gusar kerana kerajaan telah membeli vaksin yang mencukupi untuk semua, dan jumlah bekalan vaksin yang dijadualkan tiba di negara ini pada Julai ini adalah dalam kuantiti besar.
Semua Yang Ada Nama dalam MySejahtera
“Asalkan nama mereka ada di situ (MySejahtera), mereka tidak perlu risau… semua akan dapat vaksin,” katanya dalam merujuk kepada kebimbangan orang ramai berhubung tarikh janji temu yang masih belum dapat walaupun telah sekian lama berdaftar dalam aplikasi MySejahtera,” katanya.
Beliau yang ditemui selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Hospital Pantai, di sini, hari ini seterusnya meminta semua hospital swasta, klinik perubatan am swasta (GP) dan klinik pakar swasta untuk mendaftar sebagai PPV.
Katanya, sasaran negara adalah 75 hospital swasta beroperasi sebagai PPV dalam bulan ini namun hanya 67 hospital yang telah beroperasi setakat ini dengan tujuh daripadanya di Pulau Pinang.
Setakat ini, 67 hospital swasta dan 441 GP telah mula beroperasi sebagai PPV dan kami memang menyeru lebih banyak hospital dan GP swasta untuk tampil membantu kerajaan dalam usaha pemberian vaksin,” katanya.
Sumber Bernama