Apa Kelebihan Sambung Belajar ke Tingkatan 6?
Tingkatan 6? Selepas keputusan SPM diumumkan, antara perkara yang sering menjadi pertanyaan adik-adik lepasan SPM adalah, apakah kelebihan jika meneruskan pelajaran ke Tingkatan 6. Pastinya setiap orang memikirkan langkah terbaik bagi menentukan haluan yang lebih menjamin masa depan. Jika tidak berpeluang menyambung pelajaran ke mana-mana universiti tempatan mahupun luar negara, janganlah kecewa dan berputus asa. Ini kerana, menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Bak kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”.
Tingkatan 6
Jom kita lihat apa istimewanya jika memilih untuk masuk ke Tingkatan 6 ;
2. Tempoh Belajar Setahun Setengah Jer!
Berbanding pelajar diploma, pelajar Tingkatan 6 hanya mengambil masa satu tahun setengah untuk memiliki sijil STPM sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti. Jika ingin menyambung diploma, mereka perlu menempuhi 3 tahun untuk menamatkan pengajian sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
3. Yuran Lebih Murah
Kos pengajian hanya melibatkan yuran pengajian dan juga melibatkan kerja-kerja kursus. Jika ingin dibandingkan dengan kos pengajian peringkat diploma, ianya lebih tinggi. Sebagaimana yang kita maklum, selain kos pembelajaran pelajar diploma juga terpaksa menanggung kos penginapan, pakaian, sara hidup dan sebagainya. Kesannya, sesetengah pelajar perlu membuat pinjaman atau lain-lain. Bagi pelajar-pelajar STPM mereka akan disediakan asrama dan perkara ini akan dapat mengurangkan sedikit bebanan kos yang ditanggung sepanjang pengajian.
4. Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Wah, bestnya. Bahasa pengantar menggunakan Bahasa Melayu dan ini memudahkan lagi pelajar menguasai ilmu yang disampaikan di sekolah.
5. Nisbah Pelajar -Guru Lebih Kecil
Jika diperhatikan juga, nisbah pelajar Tingkatan 6 adalah sedikit berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru.
6. Pelajar Tingkatan 6 Setaraf Diploma
STPM adalah setaraf dengan diploma (A-Level). Hal ini akan membantu dalam mendapatkan pekerjaan setaraf dengan lulusan diploma. Untuk pengetahuan semua, sijil ini amat laku di negara-negara yang mengiktirafnya. Sebagai contoh, sijil ini amat berguna jika mereka ingin bekerja di Singapura. Hal ini memudahkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Jadi, tidak perlu risau, jika tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana mereka akan memperoleh pekerjaan yang baik berdasarkan sijil yang diperolehi.
8. Dibenarkan Berpakaian Kasual
Mulai tahun 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia telah membenarkan semua pelajar Tingkatan 6 memakai pakaian kasual, tradisional atau pakaian lain, sebagai sebahagian daripada kod pakaian mereka. Mereka juga dibenarkan memakai baju batik di bawah langkah transformasi kementerian untuk “menjenamakan semula” sistem pendidikan Tingkatan 6. Walau bagaimanapun Pelajar masih dilarang memakai baju-T jika datang ke kelas, pelajar perempuan tidak dibenar memakai pakaian ketat dan pelajar lelaki wajib memakai kasut dan stokin, pelajar perempuan hanya boleh memakai kasut bertutup sahaja. Bagi aktiviti luar, pelajar digalak memakai seluar panjang atau seluar trek dan baju-T lengan panjang atau pendek tanpa imej politik, ganas, kesat atau apa-apa yang dianggap negatif.
9. Disediakan Biasiswa daripada Pihak Swasta Dan Kerajaan
Bagi pelajar Tingkatan 6., biasiswa turut disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Biasiswa ini yang diberikan sepanjang tempoh pengajian bagi mengurangkan beban pelajar untuk tidak perlu membuat pelbagai pinjaman. Pelajar turut menerima biasiswa dengan menerima bayaran RM250 dalam masa 2 bulan dari pihak kerajaan dan juga pihak swasta.
Walaupun ada banyak kelebihan yang dinyatakan, menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 juga ada kekurangannya iaitu ;
1. Sesi Pembelajaran Sama Seperti Di Sekolah
Mengikut waktu persekolahan mereka akan mula melakukan sesi pembelajaran pada waktu 7.25 pagi. Jika di universiti, kebiasaanya kita akan memulakan sesi kuliah seawal pukul 8.00 pagi, malah ada yang bermula pada pukul 10.00 pagi dan kebiasaanya jadualnya tidak terikat seperti di sekolah. Kebanyakan Tingkatan 6 masih di sekolah harian biasa bersama pelajar tingkatan lain.
2. Dilabel ‘Low Standard’
Sesetengah orang memandang rendah pelajar yang mengambil STPM. Tanggapan ini perlu diubah kerana pembelajaran di Tingkatan 6 adalah setaraf Diploma (A-level). Malah menurut satu kajian, peperiksaan STPM yang di ambil oleh pelajar Tingkatan 6 di Malaysia merupakan peperiksaan yang paling susah di Asia Tenggara. Oleh itu, mereka tak perlu risau atau hirau dengan apa yang diperkatakan orang yang berfikiran negatif kerana hakikatnya tidak benar sama sekali.
3. Persekitaran Terganggu Dengan Para Pelajar
Perkara ini biasa yang perlu dihadapi ketika berada di Tingkatan 6, mereka terpaksa bersama-sama pelajar arus perdana untuk belajar. Kadang-kadang mereka akan merasa terganggu dengan sikap para pelajar arus perdana.
Di kalangan mereka biasanya ada yang dilantik menjadi pengawas sekolah, malah ada yang menjadi ketua pengawas. Maka mereka terpaksa memikirkan masalah para pelajar. Kesannya, mereka akan terganggu dengan perkara ini. Oleh itu, pelajar yang berhasrat untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 perlulah bersedia dari aspek mental, fizikal dan rohani agar tidak menghadapi tekanan.
Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada adik-adik lepasan SPM !