mySalam: Skim Perlindungan Masyarakat Nasional
mySalam adalah satu skim perlindungan masyarakat yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi memberi perlindungan kesihatan percuma kepada individu yang layak melalui Tabung Amanah mySalam.
Skim ini diperkenalkan kerana pihak kerajaan mahu menyediakan satu skim perlindungan sosial bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan (mySalam B40) yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Perlindungan takaful ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.
Isi Kandungan
mySalam: skim perlindungan masyarakat
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan jurang kemiskinan di Malaysia, pakej skim mySalam ini adalah satu idea yang bijak dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk mendapat perlindungan yang setara yang mana mungkin tidak mampu diperolehi dengan kadar pendapatan semasa mereka.
Penerima skim mySalam
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Individu dan pasangan yang berumur antara 18 hingga 65 tahun
- Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun dan berumur antara 40 hingga 65 tahun.
- Individu OKU berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun dan berumur antara 18 hingga 65 tahun dan.
Nota: Butiran lanjut bagi kategori bujang adalah seperti berikut:
- Ibu/bapa tunggal (kerana penceraian atau pasangan meninggal) dan mempunyai anak yang menerima BSH/BPR.
- Tidka pernah berkahwin sebelum ini, duda atau janda yang tidak mempunyai anak serta merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.
- Jika anda berstatus tetapi masih belum memohon/menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini, anda perlu pergi di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) untuk mendaftar Bantuan Sara Hidup (BSH) dan ini akan melayakkan anda menerima manfaat perlindungan takaful yang ditawarkan oleh skim mySalam.
Manfaat skim mySalam
Penerima Bantuan Sara Hidup
- Apabila didiagnos salah satu dari 45 penyakit kritikal, akan dibyar RM 8,000 tunai sekali seumur hidup.
- Apabila masuk hospital, akan dibayar tunai RM50 sehari untuk maksimum 14 hari.
Nota: Elaun hospitaliti harian tidak akan dibayar jika anda dimasukkan ke hospital disebabkan perkara berikut samaada secara lansung atau tidak lansung:
- Cubaan bunuh diri yang dilakukan sendiri samaada semasa waras ataupun tidak waras.
- Ketagihan minuman alkohol, pengambilan benda haram seperti dadah,memabukan, menghidap penyakot kelamin dan seumpanya, hamil atau melahirkan anak tidak kira secara normal ataupun pembedahan , keguguran, pengguguran , penjagaan atau pembedahan tidak kira sebelum atas selepas kelahiran,kaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, Ketidakfungsian erektil dan ujian atau rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan.
- Mencetuskan Peperangan atau sebarang tindakan seumpamanya, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti pengganas atau jenayah , bertugas secara aktif dalam mana-mana aktiviti bersenjata, terlibat secara lansung dalam aktiviti rusuhan atau mogok, kekacauan awam atau pun pemberontakan samaada dilakukan secara sendirian atau berkumpulan.
- Mencuba untuk melakukan atau membangkit aktiviti keganasan atau sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang atau percubaan untuk melanggar undang-undang untuk mengelakkan daripada ditangkap.
Tarikh kuatkuasa mySalam
- Perlindungan bagi skim mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.
- Perluasan perlindungan mySalam pula berkuatkuasa 1 Januari 2020.
Cara Semak kelayakan mySalam
- Penerima skim mySalam adalah penerima dan/atau pasangan penerima bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara automatik akan menerima perlindungan skim mySalam Kelayakan bagi BPR akan melayakkan anda untuk menerima perlindungan mySalam secara percuma.
- Mereka yang layak menerima perlindungan mySalam akan diberitahu melalui SMS bermula 1 Mac 2019.
- Merekan yang layak tetapi tidak menerima SMSdari pihak mySalam, anda boleh emel kepada [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pakej perlindungan mySalam ini.
Cara buat tuntutan mySalam
Semua tuntutkan perlindungan mySalam perlu dibuat secara atas talian dan pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran setiap tuntutan yang berjaya dengan kadar segera. Mereka akan mengkreditkan amaun wang seperti yang dituntut ke akaun penerima masing-masing seperti yang didaftarkan dibawah Skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Permohonan tuntutan boleh dibuat untuk dua tuntutan seperti dibawah :
- Tuntutan Penyakit Kritikal
- Tuntutan hospitalisasi.
Semua tuntutan untuk 2 kategori diatas boleh dilakukan dengan melayari www.mysalam.com.my dan log masuk dengan meunggunakan No. Kad Pengenalan yang dan kata laluan yang didaftarkan dan dihantar melalui SMS kepada anda (atau kata laluan terkini/peribadi yang telah anda pilih).
45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai dalam skim mySalam
- Pembedahan Otak
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Poliomielitis
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Pembedahan Aorta
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Berapa lama Permohonan tuntutan diproses?
- Setiap permohonan bagi tuntutan hospitalisasi dan penyakit kritikal akan diproses dalam masa 10 hari bekerja setelah menerima dokumen yang lengkap.
- Jika permohonan yang dihantar tidak lengkap, proses semua tuntukan akan mengambil masa yang lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan diterima oleh pihak mySalam.
- Status permohonan samaada lulus atau gagal akan dimaklumkan melalui SMS dan maklumat status permohonan juga boleh diakses melalui www.mysalam.com.my
- Jika permohonan anda diluluskan, anda akan dimaklum melalui SMS dan kelulusan permohoan itu juga akan dimuat naik di portal mySalam.
- Pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat seperti yang didaftarkan dengan skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Adakah skim mySalam merangkumi hospital swasta?
- Manfaat skim mySalam hanya merangkumi semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Tentera sahaja buat masa sekarang. Pihak akan mengkaji keperluan untuk memasukkan hospital swasta dalam pakej mySalam dari masa ke semasa
- Bagi kes penyakit kritikal yang didiagnos di hospital swasta atau hospital selain Hospital Kerajaann Malaysia tetapi rawatan lanjut dijalankan di hospital kerajaan/layak, pesakit masih layak mendapatkan perlindungan skim mySalam bagi penyakit kritikal dengan syarat borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’ dilengkapkan oleh doktor atau pakar yang merawat di hospital kerajaan.
Bolehkah tuntutan dibuat disebabkan oleh Covid-19?
- Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun atau jumlah keseluruhan RM 700.
- Mereka yang mendapat komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.
Dimanakah boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan mySalam?
- Kepada semua yang menerima perlindungan skim mySalam, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut seperti seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal atastalian www.mysalam.com.my
- Portal boleh diakses dengan menggunakan No. Kad Pengenalan penerima dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS atau kata laluan terkini yang anda pilih.
- Selain itu, Anda juga boleh emel bagi mendpatakan info lanjut ke [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
- Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk mySalam terdekat seperti dibawah:
Negeri |
Hospital |
Wilayah |
|
Selangor |
|
Perak |
|
Pulau Pinang |
|
Kedah |
|
Perlis |
|
Kelantan |
|
Terengganu |
|
Pahang |
|
Johor |
|
Sarawak |
|
Sabah |
|
Adakah skim mySalam ini bermanfaat untuk rakyat?
Sudah tentu, Skim mySalam ini sangat bermanfaat kepada mereka yang kurang kerkemampuan tertutamanya kepada mereka yang menghidapi penyakit kritikal.
Dengan adanya skim perlindungan percuma ini, para penerima akan mendapat manfaat dari segi kewangan kerana ada dikalangan penerima tidak dapat membuat kerja hakiki yang dibuat sebelum ini dan seterusnya sumber pendapatan akan terjejas. Dengan adanya bantuan RM8000 ini, ia sedikit sebanyak dapat meringankan bebab golongan yang tidak berkemampuan ini.