SAPS – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
SAPS merupakan singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah diwujudkan oleh KPM bagi bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para guru dan juga ibu bapa untuk memasukkan markah peperiksaan dan melihat prestasi/markah pelajar di dalam peperiksaan.
Secara umumnya laman SAPS adalah suatu platform di mana para guru boleh memuat naik semua maklumat markah peperiksaan bagi setiap murid serta membuat analisis bagi kelas dibawah selian masing-masing. Manakala bagi ibubapa atau penjaga pula mereka boleh memuat turun markah peperiksaan anak-anak mereka dari laman ini.
Isi Kandungan
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, SAPS Bagi Pengguna Ibu Bapa
Ibu bapa boleh mengetahui Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi sekolah rendah atau Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) bagi sekolah menengah melalui sistem ini.
Ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan setiap maklumat berkaitan peperiksaan murid tidak kira pada peringkat sekolah rendah mahupun menengah kerana sistem SAPS menyokong kesemua ujian peringkat sekolah termasuk ujian percubaan sekolah rendah dan menengah.
Namun begitu berlainan dengan peperiksaan awam seperti SPM kerana sistem SAPS tidak merekodkan maklumat peperiksaan awam buat masa kini. Para ibu bapa yang ingin membuat semakan keputusan peperiksaan awam bolehlah berbuat demikian dengan cara membuat semakan secara manual di sekolah masing-masing atau secara SMS seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebarang permasalah anda juga boleh menghubungi pihak JPN yang berdekatan.
Login SAPS Pengguna Ibu Bapa
Bagi ibu bapa yang ingin membuat semakan kedudukan dalam kelas atau semakan keputusan peperiksaan dan sebagainya yang berkaitan peperiksaan dalaman sekolah, sila layari portal rasmi SAPS berikut:
Panduan Login SAPS Bagi Pengguna Ibu Bapa
- Login dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari”.
- Sila pilih negeri dan nama sekolah yang betul mengikut kawasan anda.
- Kemudian, klik “Semak” dan paparan keputusan carian akan keluar.
Sistem kemudiannya akan memaparkan rekod keputusan pelajar yang terkini termasuk pencapaian gred, rekod kedudukan dalam kelas dan peratusan markah pelajar-pelajar.
Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak Melalui Portal SAPS
Jom ikuti video dibawah untuk lebih senang faham berkenaan “step by step” untuk menyemak keputusan peperiksaan anak masing-masing.
Sistem Gred Pemarkahan Sebagai Rujukan
Gred |
Sistem Gred Pemarkahan |
Gred Sekolah Rendah |
|
Gred |
Sistem Gred Pemarkahan |
Gred Sekolah Menengah |
|
Gred |
Sistem Gred Pemarkahan |
Gred Menengah Atas |
|
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, SAPS Bagi Pengguna Guru
Sebelum guru subjek boleh menggunakan data murid di dalam SAPS, guru Setiausaha Unit Peperiksaan (SUP) haruslah mengimport data-data murid dari sistem APDM terlebih dahulu. Kemudian barulah guru subjek boleh mendaftar mata pelajaran masing-masing.
Bilangan murid daftar perlu sama dengan bilangan murid semasa bagi subjek yang didaftarkan. Status pengisian markah peperiksaan akan menjadi tidak lengkap dan tidak boleh disahkan jika bilangan murid daftar tidak menyamai bilangan murid semasa
Maklumat markah peperiksaan perlu dimasukkan ke dalam sistem mengikut masa yang telah ditetapkan supaya tidak berlaku keciciran maklumat markah peperiksaan murid. Setiap murid perlu diletakkan kenyataan kepada nilaian markah. Jika murid tidak hadir perlulah meletakkan ‘TH’ sebagai tanda ketidakhadiran murid
Login “SAPS Pengguna Guru”
Bagi guru-guru yang ingin memuat naik, menyemak keputusan, membuat analisis peperiksaan murid atau yang berkaitan peperiksaan, bolehlah melayari laman sesawang SAPS berikut:
Panduan Login SAPS Bagi Pengguna Guru
Login Sendiri SAPS Guru Online
- Pada laman https://sapsnkra.moe.gov.my/, tekan link Daftar ID Guru.
- Seterusnya, sila masukkan nombor kad pengenalan, ID anda, kata laluan serta pengesahan kata laluan anda.
- Sekarang, anda sudah berjaya akses masuk ke SAPS.
Login SAPS Guru Dengan Bantuan Setiausaha Peperiksaan
- Setiausaha Peperiksaan perlu menekan butang Guru.
- Selepas sub menu keluar, sila pilih Tambah Guru.
- Sila masukkan nombor kad pengenalan, nama penuh guru mata pelajaran serta jantina guru tersebut.
- Akhir sekali, klik Simpan.
Cara Mengisi Markah Ujian Dalam SAPS Online
Untuk guru mata pelajaran pula, anda perlu mengisi markah ujian atau peperiksaan murid. Berikut adalah tatacara dalam mengisi markah ujian.
- Tekan butang menu guru mata pelajaran.
- Selepas sub menu keluar, tekan butang markah peperiksaan.
- Sila pilih mata pelajaran yang diajar.
- kemudian, sila isi markah ujian atau peperiksaan bagi setiap murid.
- Akhir sekali, klik butang Simpan Rekod.
- Siap.
Ulasan Guru Kelas Dalam SAPS
Adalah menjadi kewajipan kepada setiap guru untuk menilai bagi setiap pencapaian anak didiknya. Guru kelas juga perlu memberi ulasan kepada murid mengenai prestasinya berdasarkan markah ujian/peperiksaan dan sebagainya. Ulasan ini adalah penting bagi meningkatkan motivasi murid.
Dalam ulasan tersebut, guru sebaiknya memberikan kata-kata semangat dan ayat positif dalam bentuk pujian bagi mendorong mereka meningkatkan prestasi untuk hasil yang lebih baik pada masa akan datang.
Panduan Bagi Guru Kelas Untuk Membuat Ulasan Terhadap Prestasi Pelajar.
Ini adalah panduan untuk guru kelas memasukkan ulasan ujian/peperiksaan dalam slip keputusan pelajar dalam SAPS:
- Klik menu Analisis Peperiksaan dalam Menu Guru Kelas
- Selepas keluar sub-menu, Klik Slip Keputusan.
- Sebaik sahaja terpapar jadual yang mengandungi nama murid berserta data lain. Untuk setiap pelajar, klik ikon pada Ulasan.
- Di laman seterusnya, untuk bahagian Kedatangan, masukkan jumlah kehadiran bagi setiap pelajar untuk tempoh setahun.
- Kemudian, di bahagian Ulasan, masukkan ulasan untuk pelajar tersebut.
- Kemudian, klik butang Hantar.
Terdapat banyak contoh yang boleh kita ambil untuk dijadikan rujukan dalam internet. Para guru boleh juga merujuk kepada contoh dan tips untuk membuat ulasan ini. Akan tetapi, ianya bergantung kepada para guru untuk memberi ulasan yang sewajarnya kepada anak murid mereka.
Soalan Lazim Berkenaan Dengan SAPS
Berikut adalah antara soalan lazim yang sering kali ditanya berkenaan dengan SAPS ini.
Apakah Langkah Pertama Yang Perlu dilakukan Untuk Memulakan SAPS?
Semua sekolah hendaklah mendaftar seorang Setiausaha Peperiksaan (SUP). SUP akan bertindak sebagai “Superadmin” iaitu orang yang paling penting di sekolahnya dalam hal ini.
Apakah Tugas Utama SUP?
- Mendaftar Nama Kelas. Mendaftar Guru Kelas.
- Mendaftar senarai Guru Baru.
- Memastikan semua Guru Kelas wujudkan senarai murid mengikut kelas dengan betul.
- Memastikan semua Guru mendaftar diri sebagai pengguna sah disekolahnya.
- Memantau kemasukan Markah Peperiksaan, TOV dan SASARAN (Target).
- Melaksanakan kerja Proses Markah Peperiksaan apabila semua Guru Matapelajaran siap mengisimarkah.
- Mencetak semua laporan Analisis Periksaan.
- Melakukan kerja carian murid.
- Mengemaskini (Edit) atau mengosongkan (Reset) katalaluan semua guru di sekolah. Mendaftarkan Pengetua / Guru Besar.
Siapakah Yang Saya Akan Rujuk Jika Berlaku Kes lupa Kata Laluan?
Semua guru diminta merujuk SUP sekolahnya untuk mengetahui atau mengosongkan (Reset) nama pengguna (ID) dan Katalaluan (Password). Sekiranya SUP yang terlupa, sila rujuk Pegawai di PPD yang berkenaan.
Apa Yang Harus Dilakukan Sebelum SUP Berpindah Keluar Sekolah?
Seseorang SUP yang bertukar keluar hendaklah mengosongkan (Reset) ID dan katalaluan sebelum meninggalkan sekolah. Ini bertujuan membolehkan sekolah melantik SUP baharu.
Apakah Tugas Utama Guru Kelas?
- Memastikan senarai murid dalam kelasnya adalah tepat dengan cara mengimport data dari sistem APDM ataupun secara manual iaitu guru kelas mengisi senarai murid dalam kelasnya.
- Memastikan murid berpindah keluar atau murid baru dikemaskini.
- Mencetak Slip Keputusan Peperiksaan semua murid dalam kelasnya.
- Semak Nombor KP / Sijil Lahir murid yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
- Kemaskini Nombor KP/ Sijil Lahir yang salah atau diragui. Sekiranya ingin membuat pembetulan, sila gantikan nombor yang salah dengan nombor yang baru.
- Memberi nama kelas yang betul tanpa ada tanda sempang,(-). Sekiranya ingin mengubah nama kelas, pastikan senarai murid belum diisi secara manual. Ini kerana jika senarai murid telah wujud dan nama kelas ingin diubah, guru hendaklah mengubah nama kelasnya bagi setiap murid.
Bolehkah Guru Praktikum Mengisi Markah Peperiksaan?
Bagaimana Sekiranya Data Murid Berpindah Keluar Tidak Dikemaskini?
Bantuan Dan Aduan Berkenaan Dengan SAPS?
Sekiranya anda mempunya sebarang masalah teknikal berkenaan dengan SAPS ini, juga ingin mengajukan sebarang soalan dan bantuan, anda boleh maklumkan semua ini kepada mereka. Di sini kami kongsikan antara saluran yang anda boleh rujuk mengikut pangkat dan saluran yang betul.
PENGGUNA |
PEGAWAI |
CARA |
Guru |
SUP |
Hubungi |
Setiausaha |
Pegawai |
Login |
Pegawai |
Pegawai |
Login |
Adakah SAPS Ini Membantu Para Ibubapa Dan Guru?
Ya, dengan adanya aplikasi seperti ini, para guru dan ibubapa boleh menyemak semua detail dimana sahaja. Sudah tidak perlu untuk pergi ke sekolah semata-mata untuk menyemak akan prestasi anak-anak mereka.
Tambahan pula, simpanan rekod peperiksaan pelajar secara sistematik dengan SAPS ini dapat membantu sekolah untuk membuat penilaian secara menyeluruh tentang pelajar dari segi mengesan kelemahan pelajar serta cara untuk meningkatkan prestasi pelajar
Semoga info berkaitan dengan SAPS ini membantu para guru dan ibubapa dalam memastikan perjalanan akademik anak didik kita sentiasa dalam keadaan momentum yang terbaik.