Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap ini dikongsikan oleh TokMa, Ibu Mertua Wanna. Setiap kali balik ke kampung pada cuti persekolahan, hidangan Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap ini seolah-olah hidangan wajib yang akan disediakan. Malah jika ada sebarang majlis, lebih mudah untuk sediakan hidangan Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap walaupun terlihat sukar untuk disediakan.
Sangat berbaloi untuk menyediakan Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap ini kerana semua anak-anak dan cucu-cucu tidak akan menolak hidangan ini. Jadi TokMa sangat suka menyediakan hidangan ini dan Wanna ambil peluang untuk belajar Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap ini dengan TokMa.
Antara Tip TokMa dalam penyediaan hidangan Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap, sos dan kuah kicap perlu dimasak untuk tahan lebih lama. Untuk pemilihan Ayam pula, diingatkan untuk memilih Ayam yang sederhana besar, jd mudah garing kerana kurang lemak. Selamat Mencuba!
Isi Kandungan
Pengenalan Nasi Ayam
Nasi ayam Hainan adalah salah satu makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia, Singapura, Thailand dan juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan diberi nama sebegitu kerana berasal dari populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang.
Nasi Ayam Hainan merupakan versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan, Korea dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara.
Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap
Masa Penyediaan: 30 Minit
Masa Memasak : 60 Minit
Jumlah Hidangan: 5-7 orang Makan
A) Bahan-Bahan Utama:
- 15 ulas bawang Putih
- 3 inci halia
Penyediaan Bahan Utama:
- Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat
- Kemudian bahagikan bahan tumbuk tadi kepada 4 bahagian yang akan digunakan dalam penyediaan; rebusan ayam, masak nasi, sos dan kuah kicap.
- Setelah selesai menyediakan bahan Utama, kita terus ke penyediaan untuk merebus ayam dah Langkah seterusnya.
B) Bahan untuk rebusan Ayam:
- 1 ekor ayam potong 16
- 1/4 bahagian utama yang telah ditumbuk
- 1 kiub ayam
- 2 batang serai
Penyediaan rebusan Ayam
- Bersihkan ayam, toskan air
- Lumurkan ayam 1/4 bahan utama yang telah ditumbuk
- Masukkan serai yang telah di titik.
- Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga masak
C) Bahan Untuk Perapan Ayam
- Ayam yang telah direbus
- 1/4 bahagian utama yang telah ditumbuk
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kicap cap kipas udang
Penyediaan perapan Ayam dan Goreng
- Toskan Ayam yang telah direbus
- Masukkan 1/4 bahagian utama yang telah ditumbuk
- Masukkan 2 sudu besar sos tiram dan 2 sudu kicap
- Lumurkan pada ayam dan perapkan selama (1/2 jam)
- Kemudian goreng Ayam yang telah diperap dengan api sederhana
- Angkat ayam setelah ayam Nampak garing.
D) Bahan untuk Nasi
- 3 cawan beras
- 4 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu besar butter atau majerin Adela
- 1/4 bahagian bahan utama yang telah ditumbuk
- 2 helai daun pandan
- Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
- 1 batang serai yang dititik
- Rempah tumis 3 sekawan ( 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga)
Penyedian untuk memasak nasi:
- Basuh beras dan tos air
- Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis 3 sekawan sehingga terbit bau
- Masukkan daun pandan, serai, dan 1/4 bahagian bahan utama yang telah ditumbuk dan masakkan hingga garing.
- Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
- Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
- Masak nasi seperti biasa.
E) Bahan untuk Sos
- 5-7 biji cili besar merah
- 1/4 bahagian bahan utama yang telah ditumbuk
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu teh garam
- 3 sudu the gula
- 1/2 cawan air rebusan ayam
Penyediaan untuk memasak sos:
- Kisarkan cili merah sehingga lumat
- Campurkan semua bahan
- Masakkan sebentar untuk menaikkan aroma.
F) Bahan untuk Sup
- 2 cawan Air rebusan ayam
- 1 bawang besar di belah 4
- 1 rempah sup bunjut
- Sedikit gram
- Carrot di hiris nipis
- Batang Saderi di potong kecik
- Daun sup dan daun bawang yg dihiris
- Bawang goreng
Penyediaan untuk memasak sup:
- Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar.
- Masukkan hirisan carrot dan batang saderi
- Masukkan garam secukup rasa.
- Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang
F) Bahan untuk Kuah Kicap
- Baki bahan perapan ayam
- Kicap manis cap kipas udang
- Sedikit garam
- 1/2 cawan air rebusan ayam
Penyediaan untuk memasak kuah kicap
- Campurkan semua bahan
- Masakkan seketika dengan api sederhana.
- Sejukkan sebelum dihidang.
Tip Tambahan
- Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
- Sukatan air untuk memasak nasi perlu tepat untuk mengelakkan nasi yang dimasak menjadi lembik
- Salad dan tomato boleh disediakan untuk dihidangkan bersama Nasi Ayam. Pastikan Salad direndam didalam air sejuk untuk menjadikan salad rangup dan sedap dimakan.
Nampak Sedap dan Mudah Kan?
Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap ini sangat senang disediakan untuk keluarga tersayang. Kebiasaannya anak-anak sangat menyukai Nasi Ayam air tangan ibunda tercinta. Selamat Berjaya!