Pencuri khemah saringan covid-19 diminta tampil
Pencuri khemah saringan covid-19? Apakah yang ada di fikiran pencuri itu sehinggakan tergamak mencuri khemah yang digunakan petugas hospital untuk membuat saringan covid-19. Sudahlah mencuri, dikhuatiri di jangkiti covid-19 pula.
Malang buat sekumpulan pencuri yang mencuri khemah digunakan untuk menjalankan saringan Covid-19 apabila pihak polis meminta mereka tampil kerana terdedah dengan risiko jangkitan virus berkenaan.
Khemah itu dicuri di luar hospital di Auckland di mana pihak berkuasa kesihatan menyediakan kemudahan berkenaan bagi menyaring rakyat New Zealand untuk Covid-19, kata polis dalam satu video yang disiarkan di Facebook.
Ketua Unit Kesihatan Timur, Loretta Hansen berkata, kakitangannya meyedari kehilangan khemah berkenaan ketika tiba di lokasi pada awal pagi semalam untuk memulakan tugas.
Pencuri khemah saringan covid-19
“Ada manusia bodoh dan tidak berguna telah mencuri khemah kami yang digunakan untuk membuat ujian saringan Covid-19.
“Mereka potong (kaki) khemah itu di bahagian bawah. Ia diperkukuh dengan konkrit namun, mereka tetap memotongnya,” katanya dalam video berkenaan.
Polis bahagian Manukau, Sarjan Brett Meale merayu pencuri berkenaan untuk memulangkan khemah itu dan menyerah diri untuk menjalani ujian saringan Covid-19 kerana virus berkenaan boleh bertahan dalam permukaan beberapa hari.
“Jika khemah itu dalam simpanan kamu atau tahu di mana ia berada, kami gembira untuk mengambilnya semula tanpa perlu tahu identiti kamu. Kamu boleh selamatkan diri daripada masalah.
“Namun, jika kamu mempunyai kontak dengan khemah itu, saya menyarankan agar kamu menyerah diri dan jalani ujian saringan ini,” katanya.
Hansen berkata, kakitangan klinik terpaksa ‘berkejar’ mencari khemah gantian.
“Kami dapat mengatasi masalah ini dan meneruskan tugas. Kami tidak mahu ketinggalan untuk meneruskan saringan,” katanya.
Tiada benda lain hendak di curi. Khemah saringan covid-19 pun mahu diambil. Sudah lah mencuri, terdedah pula dengan wabak covid-19 .Sehingga kini New Zealand mencatatkan 1239 kes positif Covid-19 dengan satu kematian.
sumber: Awani