Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penggunaan LPPSA Kalkulator Bagi Tujuan Pembelian Rumah

Penggunaan LPPSA Kalkulator dalam sistem pengurusan pembelian dan pinjaman wang buat penjawat awam akan menjadikan urusan lebih mudah. Melalui sistem LPPSA ini, pengguna akan memperoleh banyak manfaat dan kebaikan. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

LPPSA Kalkulator

Isi Kandungan

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam(LPPSA)

Setiap orang menginginkan rumah yang berstatus hak milik dan bukannya sewa. Akan tetapi, perkara itu agak sukar untuk dicapai. Kepada Penjawat Awam yang berdaftar di Malaysia, anda diberikan kemudahan untuk membuat pinjaman bagi pembelian rumah anda melalui laman elektronik LPPSA. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh membaca artikel bertajuk LPPSA Login Bagi Pembelian Rumah Untuk Sektor Awam.

Artikel pada kali ini, akan saya fokuskan berkaitan ciri LPPSA Kalkulator yang ada pada laman web ini.

Objektif LPPSA Kalkulator

Untuk membuat pinjaman pembiayaan perumahan sektor awam ini, perkara yang paling utama anda perlu lakukan adalah menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk membuat permohonan ini berdasarkan anggaran pembiayaan anda. Maka dengan itu, ciri LPPSA Kalkulator ini disediakan untuk mengukur kelayakan anda. Tujuan LPPSA Kalkulator juga adalah untuk:

  1. Membantu Peminjam/ Ketua Jabatan/ Pemaju Perumahan dan pihak-pihak yang berkaitan dalam urusan pembelian rumah.
  2. Memberikan makluman awal berkaitan anggaran pembiayaan untuk permohonan pembiayaan perumahan sebelum permohonan dihantar kepada pihak LPPSA.
  3. Memaparkan maklumat jumlah anggaran kasar pembiayaan dan pinjaman.
  4. Menjadi panduan kepada pemohon dan pihak yang berkenaan untuk merujuk pembiayaandan pinjaman.
  5. Segala maklumat yang dipaparkan tidak boleh dianggap muktamad selagi ianya tidak disahkan oleh LPPSA secara bertulis.

Cara Menggunakan LPPSA Kalkulator

LPPSA Kalkulator

Ikuti langkah di bawah bagi menggunakan ciri kalkulator yang ada pada laman LPPSA ini. Moga-moga membantu anda.

  1. LANGKAH PERTAMA: Tekan link ini untuk membawa anda terus ke Ciri Kaluklator LPPSA. Anda perlu terlebih dahulu log masuk ke dalam akaun anda di LPPSA.
  2. LANGKAH KEDUA: Di paparan Skrin anda, anda akan diminta untuk memasukkan maklumat peribadi berkaitan anda. Antaranya adalah seperti berikut:
    1. Nombor kad pengenalan baharu
    2. Jantina
    3. Skim Persaraan
    4. Gaji Pokok
    5. Jumlah Elaun
    6. Dan lain-lain berkaitan.
  3. LANGKAH KETIGA: Pastikan anda memasukkan segala maklumat yang diminta dengan betul.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Baca “Notis Perhatian” terlebih dahulu sebelum anda menekan butang “KIRA”.
  5. LANGKAH KELIMA: Paparan anda akan menunjukkan notifikasi sama ada anda layak atau tidak untuk membuat permohonan pembiayaan dan pinjaman ini.

LPPSA Kalkulator

Jadual Amaun Kelakayakan Pembiayaan.

BIL

PENDAPATAN BERSIH

KELAYAKAN
PEMBIAYAAN

1.

Sehingga
1 700

200 000

2.

2 300

270 000

3.

2 900

340 000

4.

3 500

420 000

5.

3 800

450 000

BIL

PENDAPATAN BERSIH

KELAYAKAN
PEMBIAYAAN

6.

4 000

470 000

7.

4 300

510 000

8.

4 500

540 000

9.

4 700

560 000

10.

5 000

600 000

BIL

PENDAPATAN BERSIH

KELAYAKAN
PEMBIAYAAN

11.

5 500

650 000

12.

5 700

680 000

13.

6 000

720 000

14.

6 500 ke atas

750 000

Kategori Pembiayaan

PEMBIAYAAN PERTAMA

  • Jumlah gaji pokok dan elaun adalah tidak melebihi 60%  daripada ansuran bulanan,DAN
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih, DAN
  • Gaji bersih untuk mana-mana peminjam LPPSA adalah sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

PEMBIAYAAN KEDUA

  • Jumlah gaji pokok dan elaun adalah tidak melebihi 50%  daripada ansuran bulanan,DAN
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih, DAN
  • Gaji bersih untuk mana-mana peminjam LPPSA adalah sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Semakan Baki Pinjaman LPPSA

Bagi semakan baki pinjaman, terdapat dua cara yang boleh anda gunakan, iaitu:

Laman Web Rasmi LPPSA

Anda boleh membuat semakan yang detail melalui laman web ini. Hal ini kerana, anda boleh menyemak segala maklumat, mengemas kini atau membuat pembaharuan anda. Langkah-langkah bagi membuat semakan baki pinjaman adalah seperti berikut:

  1.  Layari laman web rasmi LPPSA dan log masuk menggunakan maklumat anda.
  2.  Setelah anda log masuk, paparan anda akan menunjukkan laman utama.
  3. Cari pilihan pada bahagian “Inkuiri Status“. Tekan pada bahagian itu.
  4. Setelah itu, anda boleh menyemak perkara berikut. Hanya perlu menekan pilihan yang anda mahu membuat semakan.
  • Permohonan Pembiayaan, ATAU
  • Dokumentasi Pembiayaan, ATAU
  • Status Bayaran Balik, ATAU
  • Status Baki Pinjaman, ATAU
  • Status Pembiayaan Pembayaran, ATAU
  • Penyata Tahunan.

Melalui SMS

Melalui SMS, anda boleh membuat 2 semakan, iaitu semakan baki pinjaman atau semakan status bayaran.

SEMAKAN BAKI PINJAMAN

  • Anda hanya perlu menaip LPPS<jarak>BAKI<jarak> No. Kad Pengenalan.
  • Pastikan nombor kad pengenalan anda dimasukkan dengan betul.
  • Seterusnya, tekan hantar ke nombor 15888.
  • Tunggu notifikasi semakan baki pinjaman anda dihantar kepada anda.

SEMAKAN STATUS BAYARAN

  • Buka peti mesej anda dan taip LPPSA<jarak>STATUS<jarak>No. Kad Pengenalan.
  • Pastikan anda memasukkan nombor kad pengenalan anda dengan betul.
  • Tekan butang hantar ke talian 15888.
  • Pastikan anda mendapat notifikasi dan maklumat status bayaran anda.

Video LPPSA

Anda juga boleh menonton beberapa video berkaitan LPPSA ini di Youtube rasmi LPPSA. Berikut merupakan antara salah satu video, bagi pinjaman dan pembiayaan perumahan anda.

Manual Pengguna LPPSA Kalkulator

LPPSA Kalkulator

Sekiranya mana-mana penjawat sektor awam yang ingin menyemak kelayakan menggunakan kalkulator LPPSA ini, dan masih mempunyai beberapa keraguan, anda bolehlah memuat turun panduan penggunaan kalkulator di bawah ini.

Hubungi LPPSA Untuk Pertanyaan Lanjut

Sekiranya anda masih ragu-ragu dan masih kabur berkaitan pinjaman atau pembiayaan anda, anda boleh menghubungi:

Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-88801600, ATAU

Portal Aduan/Pertanyaan Rasmi LPPSA di laman web rasmi LPPSA.

Soalan Lazim LPPSA Kalkulator

Adakah perlu untuk saya membuat semakan kelayakan di LPPSA Kalkulator terlebih dahulu?

  • Ya, anda perlu membuat semakan terlebih dahulu.

Adakah LPPSA turut membenarkan permohonan pembiayaan untuk pembelian apartment termasuk lot parkir?

  • Ya, dibenarkan untuk membuat permohonan. Bagi apartment yang mempunyai lot parkir di bangunan yang sama, anda hanya perlu membuat 1 surat perjanjian, dan sekiranya apartment anda berasingan dengan lot parkir, anda perlu membuat 2 perjanjian.

Bolehkan sekiranya saya ingin membuat permohonan pembiayaan bagi rumah kedai?

  • Dibolehkan, akan tetapi anda perlu menepati syarat rumah kedai yang diberikan iaitu melengkapi ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan dapur secara kekal.

Adakah pemohon dibenarkan untuk membuat permohonan lanjutan bayaran balik pembiayaan?

  • Tidak dibenarkan. Anda perlu membuat pembiayaan balik dalam tempoh yang dibenarkan.

Adakah permohonan pembiayaan untuk pembelian hartanah antara adik-beradik dibenarkan?

  • Ya, turut dibenarkan bagi permohonan pembiayaan.

Gunakan Ciri LPPSA Kalkulator

Penggunaan LPPSA ini merupakan antara salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu mana-mana penjawat sektor awam untuk memiliki kediaman mereka sendiri. Melalui inisiatif ini, penjawat awam boleh mendapatkan rumah hak milik sendiri dengan lebih mudah. Bukan itu sahaja, bahkan kemudahan ini memberi peluang kepada pasangan suami isteri untuk mendiami rumah yang lebih selesa, dalam kadar komitmen pembiayaan bulanan yang lebih rendah.

Moga-moga, artikel ini dapat membantu anda serba sedikit bagi menaik taraf kehidupan anak-anak anda sekeluarga. Ambil dan guna segala peluang yang tersedia, lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara kita dan seluruh dunia ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More