Cara Mohon Bantuan Pengajian Tinggi PIJ Sehingga 30 September 2021 Ini
Bantuan Pengajian Tinggi PIJ ini disediakan bagi membantu golongan pelajar yang berkeperluan untuk mereka melanjutkan pelajaran. Sekiranya anda layak, anda boleh membuat permohonan sekarang. Nak tahu caranya, baca artikel ini.
Isi Kandungan
Bantuan Pengajian Tinggi PIJ
Bantuan Pengajian Tinggi PIJ ini merupakan inisiatif bantuan di bawah Perbadanan Islam Johor bagi membantu mana-mana anak pelajar warga Johor atau mereka yang sudah lama menetap di Johor. Diharapkan agar bantuan ini berupaya membantu mengurangkan bebanan tanggungan dalam membiayai kos pendidikan semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Syarat Permohonan
Untuk membuat permohonan bagi bantuan ini, terdapat syarat kelayakan yang perlu dipenuihi oleh pemohon untuk memohon. Syaratnya adalah:
- Pemohon mestilah daripada warganegara Malaysia sahaja.
- Pemohon menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun atau anak jati kelahiran negeri Johor.
- Permohonan bantuan ini hanya terbuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat:
- Diploma
- Asasi
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah
- Pendapatan ibu bapa pemohon mestilah tidak melebihi RM4 000 atau dalam lingkungan RM4 001 sehingga RM5 000 dengan syarat mempunyai tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
- Permohonan terbuka kepada pelajar sepenuh masa sahaja.
- Permohonan hendaklah dibuat semasa pemohon itu berada dalam tahun semester pertama sahaja.
Tarikh Permohonan
Bagi tarikh permohonan adalah seperti berikut:
PERKARA |
TARIKH |
Tarikh Permohonan Dibuka |
1 Ogos 2021 |
Tarikh Permohonan Ditutup |
30 September 2021 |
Jumlah Bayaran Diberikan
Bagi jumlah yang akan dibayarkan kepada pemohon yang lulus membuat permohonan, anda akan menerima sebanyak:
- PERINGKAT DIPLOMA SEPENUH MASA: RM700
- PERINGKAT IJAZAH SEPENUH MASA: RM1 000
*Bantuan ini akan diberikan secara one-off kepada pemohon yang lulus. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak PIJ sendiri.
Dokumen Penting
Untuk membuat permohonan bantuan ini, dokumen penting yang wajib disertakan sekali semasa membuat permohonan adalah seperti:
BIL. |
DOKUMEN PENTING |
SENARAI SEMAK |
SENARAI SEMAK PIJ |
1. |
Borang Lengkap Permohonan Bantuan. |
|
|
2. |
1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon. |
|
|
3. |
1 Salinan Surat Beranak Pemohon. |
|
|
4. |
1 Salinan Kad Pengenalan Bapa Pemohon. |
|
|
5. |
1 Salinan Kad Pengenalan Ibu Pemohon. |
|
|
6. |
Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT. |
|
|
7. |
Salinan Slip Pendapatan Ibu/Bapa/Penjaga. |
|
|
8. |
Salinan Akaun Bank. |
|
|
Maklumat Penting
- Borang bantuan ini diedarkan secara “Percuma” yang boleh didapati di pejabat PIJ atau muat turun di laman web PIJ sendiri.
- Borang bantuan yang sah mestilah mempunyai cop rasmi perbadanan PIJ itu sendiri atau cetakan rasmi.
Borang Bantuan Pengajian Tinggi PIJ
Untuk mendapatkan borang permohonan bantuan pengajian tinggi PIJ, anda boleh muat turun di sini. Sediakan segala dokumen yang diminta dan masukkan segala maklumat yang berkaitan dengan benar.
*NOTIS:
Sekiranya anda mendapati anda tidak berpeluang membuat permohonan bantuan pengajian tinggi PIJ, anda juga boleh membaca artikel berkaitan Permohonan Bantuan Pendidikan Tinggi Yayasan JCorp dan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021. Moga-moga membantu anda.
Perbadanan Islam Johor(PIJ)
Perbadanan Islam Johor(PIJ) merupakan perbadanan yang wajib untuk menggalakkan, memudahkan, menyelenggara dan memajukan segala perihal dalam:
- Kemajuan Tanah
- Pertanian.
- Perumahan.
- Perusahaan.
- Perlombongan.
- Perdagangan.
Tujuan ini adalah membawa maksud bagi memajukan ekonomi orang-orang beragama Islam di Negeri Johor. Maka dengan itu, bantuan pengajian tinggi ini juga merupakan antara salah satu inisiatif yang diberikan kepada warga Johor untuk membantu mereka.
Senarai Bantuan Lain PIJ
Selain daripada bantuan Pengajian Tinggi PIJ ini, terdapat juga beberapa bantuan lain yang diberikan kepada warga Johor yang berkelayakan. Antara bantuan lain yang dimaksudkan adalah seperti:
- Program Bantuan Sosial
- Bantuan Amal Jariah.
- Dan bantuan-bantuan lain berkaitan.
- Program Bantuan Ibadah
- Siaran radio melalui Suara Johor FM setiap hari.
- Pemberiaan telekung, sejadah, naskhah Al-Quran dan lain-lain.
- Program Bantuan Meningkatkan Syiar Islam
- Tazkirah Sebelum Azan 5 Waktu.
- Program Tajaan Azan Berbuka Puasa.
- Tabung Wakaf Rakyat Johor.
- Dan lain-lain.
- Program Bantuan Lain-lain
- Bantuan Pesakit Dialisis.
- Bantuan Kursus Kewangan Dan Rancangan Perniagaan.
- Bantuan NGO.
Hubungi Pihak PIJ
Untuk menghubungi pihak PIJ bgagi sebarang persoalan, anda boleh menggunakan medium di bawah ini.
- No. Telefon: +6 07-3369 200
- No. Faks: +6 07-3369 250
- Alamat E-Mel: [email protected]
- Aduan Borang Makluman Balas: Pautan Borang maklum balas/pertanyaan/aduan.
Soalan Lazim
Adakah bantuan ini terbuka kepada semua pelajar pengajian tinggi berwarganegara Malaysia?
- Tidak, bantuan ini hanya terbuka kepada warga jati Johor atau sudah menetap di Johor selama/melebih 5 tahun dan ke atas.
Bilakah tarikh tutup permohonan bantuan ini?
- Bantuan ini akan ditutup pada tarikh 30 September 2021 ini. Buat permohonan segera bagi mengelakkan masalah yang timbul.
Di manakah saya boleh mendapatkan borang ini?
- Untuk mendapatkan borang bantuan ini, anda boleh muat naik borang permohonan menggunakan link pautan di atas, atau terus ke pejabat PIJ dan mendapatkannya di sana.
Buat Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ Sekarang
Diharapkan agar perkongsian bantuan pengajian tinggi ini dapat membantu anak didik warga Johor yang ingin melanjutkan pelajaran, tetapi agak sukar kerana masalah kewangan. Buat permohonan dengan segera agar anda dapat membuat perancangan dengan lebih baik. Sesungguhnya, belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading adalah impian kita semua.
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Sesungguhnya, menuntut merupakan antara salah satu jihad ke jalan Allah S.W.T.