Jangan Guna Aplikasi ZOOM
Aplikasi Zoom Berhadapan Dengan Isu Keselamatan Dan Pendedahan Data Pengguna
Aplikasi Zoom Cloud Meeting merupakan aplikasi pengganti ruang mesyuarat atau ruang untuk perbincangan kerja. Susulan pengumuman PM tentang Perintah Kawalan Pergerakan dan mengumumkan Kerja dari Rumah atau Work at Home sebagai satu cara mengelak penyebaran virus Corona dari terus menular.
Untuk mengurangkan penularan Covid-19 lebih meluas, kerajaan mengalakkan atau mengingatkan tentang social distancing atau pembatasan sosial iaitu salah satunya dengan bekerja dari rumah. Situasi ini kemudiannya menyebabkan beberapa aplikasi media komunikasi jaringan menjadi popular untuk menyokong kerja secara jarak jauh.
Berbagai aplikasi media komunikasi menjadi perbincangan netizen, kalangan pelajar dan termasuk dikalangan pekerja. Berbagai aplikasi media yang hangat dibicarakan antara lain, video call WhatsApp, Google Meet, Google Hangouts, Skype, Cisco Webex, Slack, Zoom, dan banyak lagi. Dengan bantuan aplikasi ini membuat pekerja tetap boleh melakukan mesyuarat atau perbincangan secara online tanpa harus berada di suatu tempat yang sama, ataupun kegiatan belajar-mengajar tetap dapat dilakukan.
Aplikasi ini dilaporkan menghantar data pengguna iOS ke Facebook walaupun pengguna tidak mempunyai akaun Facebook. Ia didakwa menyediakan data kepada Facebook apabila pengguna membuka aplikasinya dimana ia termasuk model peranti yang digunakan, zon masa dan bandar pengguna, serta lain-lain yang boleh digunakan untuk mensasarkan iklan.
Zoom menyatakan mereka hanya mengumpul data pengguna yang perlu untuk meningkatkan perkhidmatan termasuk alamat IP, butiran OS, dan butiran peranti. Akan tetapi, ia tidak membenarkan pekerjanya mengakses kandungan tertentu mesyuarat serta tidak menjual apa-apa jenis data pengguna.
Selain itu, pengguna Zoom turut terdedah kepada ciri yang ada pada aplikasi tersebut dimana ia membolehkan penyerang mencuri data pengguna. Perkara itu didedahkan oleh seorang penyelidik keselamatan yang mendapati klien Zoom akan menukarkan rangkaian Windows UNC path kepada pautan yang boleh diklik dalam mesej.
Di sebalik, pemilihan aplikasi Zoom yang sudah menjadi aplikasi rasmi buat orang ramai berhubung secara video sejak musim COVID-19, aplikasi ini juga ternyata turut terpalit dengan pelbagai kontroversi. Isu sekuriti pengguna serta pencerobohan zoombombing antara yang membuatkan orang ramai skeptikal dengan aplikasi ini.
Malah, tidak mengejutkan apabila syarikat besar seperti Google juga sudah mulai mengharamkan para pekerja untuk menggunakan Zoom pada komputer syarikat bagi mengelakkan daripada berlaku kebocoran data pengguna serta syarikat.
Lebih menakutkan, terdapat sejumlah pengguna iPhone dan iPad yang menjadi mangsa penceroboh di Zoom dimana data mereka dikongsikan kepada pihak ketiga. Selain itu, sekuriti yang lemah daripada Zoom membolehkan penggodam mengakses kamera dan mikrofon pengguna tanpa diketahui pemilik akaun.
Untuk pengetahuan, Google bukanlah syarikat pertama yang mengharamkan para pekerjanya untuk menggunakan Zoom. Malah, sebelum ini syarikat kendalian Elon Musk iaitu SpaceX turut melakukan perkara yang sama demi menjaga data para pekerja serta syarikatnya.
Berdasarkan statistik, aplikasi Zoom setakat ini sudah berjaya digunakan dan mengumpul lebih 200 juta pengguna berbanding cuma 10 juta pengguna pada tiga bulan lalu. Peningkatan yang mendadak daripada jumlah pengguna sekaligus turut membuka ruang kepada Zoom untuk meningkatkan sekuriti mereka selepas mulai digunakan oleh orang ramai daripada pelbagai latar belakang.
Melihat kepada syarikat-syarikat besar yang sudah mulai beralih arah daripada Zoom, mungkin sudah tiba masanya untuk anda yang mahukan sekuriti yang lebih baik beralih kepada perisian atau aplikasi yang menawarkan fungsi yang sama selain daripada Zoom.