Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Baucar RM50 bagi Program Perlindungan Tenang (PTV)

Program Perlindungan Tenang (PTV) adalah merupakan satu inisiatif oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan yang berpendapatan rendah. Melalui program ini, baucar RM50 akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Perlindungan insuran dan Takaful ini adalah sebahagian dari perancangan kewangan masa depan yang perlu dibuat oleh setiap keluarga bagi memberi pelrindungan dari segi kewangan sekiranya berlaku kematian, kebakaran dan kejadian tidak diingini yang lain.

Dengan adanya perlindungan ini juga , ia akan memberi ketenangan kepada anda kerana anda tahu bahawa orang yang ada sayang telah mendapat perlindungan yang sewajarnya dan akan mendapat sejumlah wang untuk membantu perbelanjaan harian bagi meneruskan kehidupan sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.

 

program perlindungan tenang

Isi Kandungan

Siapakah yang layak untuk mendapat PTV?

  • Inisiatif ini terbuka kepada semua penerima BPR.
  • Inisitif ini akan ditawarkan kepada penerima BPR kategori isi rumah terlebih dahulu bermula 30 September 2021, sebelum dibuka kepada penerima BPR di bawah kategori yang lain dalam masa terdekat.

Bagaimanakah cara untuk menebus baucar PTV semasa membeli produk Perlindungan Tenang?

1. Kaedah 1 – Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian:

  • Layari laman web MyCoverage
  • Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda
  • Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut
  • Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (NRIC), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian

2. Kaedah 2 – Penebusan di kaunter:

  • Anda juga boleh menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawangan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful
  • Teliti dan fahami maklumat asas serta manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/ sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Anda akan dibantu sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai produk Perlindungan Tenang tersebut
  • Sekiranya anda ingin meneruskan pembelian, anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian
  • Proses ini mungkin berbeza mengikut syarikat insurans dan pengendali takaful masing-masing. Anda dinasihatkan untuk menghubungi wakil perkhidmatan pelanggan syarikat insurans dan pengendali takaful masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut

3. Untuk menyemak kelayakan, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  • Layari Portal PTV
  • Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DANMEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”
  • Klik butang “Cari”. Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans / pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan anda.

Manfaat Program Perlindungan Tenang (PTV)

  • Premium/caruman bagi program ini hanya beberapa Ringgit sebulan
  • Pelan yang ditawarkan dalam program ini boleh diperbaharui setiap tahun
  • Pelan ini juga sangat mudah difahami oleh pencarum
  • Bayaran sekali gus akan diberikan kepada penama sekiranya berlaku kematian
  • Pelan yang ditawarkan boleh dibeli secara terus di Internet atau daripada syarikat insurans /pengendali Takaful atau wakil. Ia juga boleh didapati di cawangan bank terpilih, syarikat pengendali telefon mudah alih dan pejabat pos.
  • Proses tuntutan yang sangat mudah yang mana dibayar dalam tempoh lima 5 hari bekerja jika menyediakan dokumen yang lengkap.

Tips apabila melanggan Pelan Insuran Hayat/ Takaful Keluarga

  1.  Pastikan anda meletak penama serta memaklumkan kepada penama supaya tidak berlaku kelewatan semasa membuat tuntutan.
  2. Pastikan anda mengetahuai atau mendapat maklumat bagi membuat tuntutan bagi pelan yang anda carum
  3. Pastikan anda mendapat maklumat yang cukup daripada ejen/syarikat insurans/pengendali Takaful tentang hak dan tanggungjawab anda sebagai pemegang polisi/peserta

Baca juga Bantuan e-Wallet RM150 untuk Golongan Belia – eStart 2022

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More