Penjarakan Sosial di Udara
Kalau nak tahu, penjarakan sosial atas udara ini membabitkan pengalaman menarik penerbangan Air Tahiti Nui TN064 yang telah mencipta rekod dunia dengan penerbangan domestik terpanjang pada tahun 2020.
Syarikat penerbangan itu terbang dari Papeete, Polinesia Perancis ke Paris, Perancis dengan jarak 9,775 batu dan masa perjalanan 15 jam 45 minit.
Penjarakan Sosial
Penerbangan dengan Boeing 787 Dreamliner terbang non stop(tanpa henti). Rekod penerbangan terpanjang yang berlaku pada 14 Mac 2020 itu sebenarnya berada di luar laluan biasa.
Dipetik dari CNN TRAVEL, penerbangan Air Tahiti Nui biasanya akan membuat persinggahan di Los Angeles, Amerika Syarikat. Namun, kerana sekatan untuk mencegah penularan virus korona, pesawat itu tidak dapat berhenti di situ.
Disebabkan itu pesawat terpaksa terbang di luar laluan biasa tanpa henti. Sebelum ini, rekod penerbangan terpanjang dicatatkan oleh Singapore Airlines yang terbang sejauh 9,534 batu dari Singapura ke Newark, New Jersey, AS.
Saat berita ini tular, syarikat penerbangan Perancis dengan cepat menyatakan bahawa laluan itu hanya berlaku sekali. Laluan ini bukan penerbangan tetap yang dijadualkan.
Daripada menghubungkan melalui Los Angeles, Air Tahiti Nui sebaliknya akan melakukan persinggahan di Pointe-a-Pitre, Guadeloupe (pulau di perairan Caribbean) pada masa depan.
Memetik kenyataan Airfarewatchdog, pesawat yang mampu menampung seramai 330 penumpang itu hanya dinaiki 130 orang. Jumlah yang sedikit membuatkan pesawat mempunyai bahan bakar tambahan yang cukup untuk membuat penerbangan panjang tanpa berhenti.