Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN E-DOMPET RM150

Bantuan e-Dompet atau dikenali juga sebagai eStart adalah antara salah satu bantuan dan inisiatif yang telah dibentangkan di dalam Bajet 2022. eStart dicipta bertujuan untuk memupuk budaya transaksi tanpa tunai atau cashless di premis perniagaan di kalangan rakyat Malaysia.

Melalui program eStart, kerajaan telah menyediakan inisiatif dengan peruntukkan sebanyak RM300 juta dengan harapan dapat memanfaatkan lebih dua juta penerima dari kalangan belia. Mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM150 melalui e-dompet masing-masing. Bukan sahaja golongan belia, kerajaan juga telah menyediakan bantuan awal persekolahan 2022 yang disediakan khas buat pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5.

Isi Kandungan

KRITERIA-KRITERIA PENERIMA :

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun;
  • Pelajar sepenuh masa dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta;

CARA MENEBUS BANTUAN E-DOMPET :

Pelaksanaan eStart adalah sama seperti e-Belia dimana mana wang tersebut akan dikreditkan melalui aplikasi e-tunai yang telibat. Berikut adalah antara aplikasi e-tunai yang terlibat :

BANTUAN E-DOMPET RM150 1

JUMLAH BAYARAN e-START

Jumlah bayaran yang akan diberikan kepada penerima adalah sebanyak RM150 secara one-off. Untuk maklumat mengenai pelbagai bantuan dan inisiatif di bawah Bajet 2022:

Pengguna aplikasi e-tunai tersebut perlulah mengikut arahan daripada aplikasi e-tunai tersebut untuk menebus dan membuat pengesahan identiti pengguna secara elektronik. Hanya satu aplikasi e-tunai sahaja yang boleh ditebus untuk setiap seorang.

Akhir kata, semoga bantuan e-dompet ini dapat dimanfaatkan oleh para belia untuk membeli keperluan pembelajaran serta barangan yang berkaitan dengan pendidikan. Silalah guna bantuan ini dengan sebaiknya.

bantuan e-dompet

 

Cara Daftar Di Aplikasi TNG, Boost, Big Pay, ShopeePay

Cara Daftar Touch n Go eWallet:

Setiap individu perlu Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet melalui:

Google Playstore : KLIK SINI

Apple App Store : KLIK SINI

  1. Hanya SATU (1) ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU(1) akaun TNG eWallet.
  2. Setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU (1) nombor mudah alih yang unik.
  3. Isikan maklumat dan butiran diri pemohon dengan lengkap.
  4. Pemohon akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
  5. Setelah berdaftar, pemohon boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.

BANTUAN E-DOMPET

 Cara Daftar Boost:

  1. Pemohon perlu memuat turun aplikasi Boost di telefon pintar.
  2. Naik taraf (upgrade) kepada Boost Premium bagi yang sudah mempunyai akaun Boost.
  3. Sahkan atau verify akaun Boost pemohon.
  4. Pastikan nombor kad pengenalan yang digunakan adalah kad pengenalan betul.
  5. Klik “Get ready to claim eBelia” dan ikut arahan yang diberikan jika program itu sudah dimulakan.

BANTUAN E-DOMPET

Cara Daftar BigPay:

  1. Pergi ke laman https://www.bigpayme.com/ebelia
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Pergi ke menu Payment dan tekan ikon eBeli.
  4. Klik APPLY NOW dan pemohon akan diarahkan ke laman web eBelia.
  5. Masukkan semua maklumat diri dengan lengkap untuk proses verifikasi.
  6. Sebaik sahaja akaun disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan kreditkan e-tunai RM150 jika program ini sudah dimulakan.

Cara Daftar ShopeePay:

  1. Pemohon perlu memuat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit.
  2. Aktifkan ShopeePay bagi yang sudah mempunyai akaun Shopee.
  3. Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage Shopee.
  4. Masukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan.
  5. Masukkan nombor PIN (perlu diingat) untuk pengesahan.
  6. Pemohon boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi di https://www.mof.gov.my/ untuk dapat info-info terkini mengenai program e-start.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More