Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Segala Bentuk Bazaar Ramadan adalah Dilarang Elak Covid-19 Merebak

Bazaar Ramadan di tutup! Setiap kali memasuki bulan Ramadan pasti ramai peniaga yang akan membuka gerai di bazar Ramadan. Pada tahun ini segalanya telah berubah, negara dilanda musibah. Bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh negara mengalami perkara yang sama. Solat tarawih juga tidak dapat dilakukan di masjid-masjid. Semua ini berlaku kerana ingin memutuskan rantaian covid-19.

Kerajaan hari ini tidak membenarkan bazar Ramadan secara pandu lalu serta tempah dan ambil dilaksanakan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya sudah meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai cadangan untuk melaksanakan bazar Ramadan dengan cara itu.

Tiada Bazaar Ramadan Tahun Ini

“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Wilayah Persekutuan membatalkan cadangan pelaksanaan konsep gantian bazar Ramadan yang dijadual dilaksanakan di bawah kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya sebelum ini.

Menteri, Tan Sri Annuar Musa, berkata pembatalan itu susulan keputusan kerajaan yang tidak membenarkan pelaksanaan Bazaar Ramadan sedemikian pada Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

 

Mengulas lanjut beliau berkata, pembatalan konsep gantian bazar Ramadan yang dicadangkan pihak kementerian sebelum ini membabitkan pandu lalu, bungkus dan ambil (pack & pick).

“Justeru saya berharap penjaja dapat memahami keadaan ini yang tidak mengizinkan kita menjalankan perniagaan maka dengan keputusan dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN) saya mengumumkan semua program dicadangkan pihak kementerian dibatalkan.

“Saya berharap kita dapat melalui bulan Ramadan ini dalam suasana yang lebih berhati-hati dan terus menjayakan PKP selain memohon keberkatan bulan Ramadan supaya masalah ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin,” katanya melalui sidang media, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan pada 8 April lalu mengumumkan pelaksanaan tiga konsep gantian bazar Ramadan selepas tiada bazar secara fizikal dilaksanakan akibat COVID-19.

Beliau berkata mengulas pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa keputusan tidak membenarkan pelaksanaan bazar berkenaan.

Kesimpulannya, para peniaga diharap dapat bersabar kerana negara sedang dilanda musibah. Keselamatan rakyat harus diutamakan. Kerajaan perlu melakukan tindakan yang drastik untuk menghentikan penularan wabak covid-19 ini. Rakyat perlu bersedia menyambut bulan ramadan dan syawal dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More