RESEPI TEPUNG PELITA SUKATAN CAWAN
“haa.. tahun ini tiada bazaar ramadan, teringin nak makan tepung pelita.”
Memandangkan tahun ini tiada bazaar ramadan, nak dapatkan kuih tepung pelita pun susah. Apatah lagi jika tidak memenuhi citarasa anda. Apa kata anda cuba resepi ini, hanya guna sukatan cawan tidak perlu hendak susah payah mencari penimbang makanan pula.
RESIPI TEPUNG PELITA
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN BAWAH:
- 1 cawan gula
- 1 cawan tepung beras
- 4 cawan air
- Pewarna hijau
- Daun pandan
CARA MEMASAK:
Sementara itu masak semua bahan diatas dalam periuk dan kacau sampai pekat.
Letak terus dalam bekas acuan. Tidak perlu kukus sebab dah masak atas dapur sampai pekat
dan sekaligus untuk menghancurkan gula halus yang kita letak dalam bekas tu supaya jadi air gula..
(Nota: Biasa kalau kukus.. Dia akan pejal-pejal kan, kalau masak dan terus tuang dalam acuan dia akan jadi lembut bila pulak kena dengan air gula..)
BAHAGIAN ATAS:
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan santan (Kalau sebijik kelapa.. Sukat 4 cawan air dan perah.. (nk 4 cawan santan pekat..)
- (kalau santan kotak kara yang kecil.. Bancuh biar dapat 4 cawan santan.
- 4 sudu tepung beras (jangan guna cap 5gajah je. Yg lain boleh. 2,3gajah boleh, teratai boleh. 5gajah utk buat laksa)
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masak semua bahan dan kacau sampai pekat.
Tuang terus ke atas hijau. Tak perlu dikukus sebab dah masak atas dapaur sampai pekat.
Boleh makan terus. Cepat sejuk dan nak lagi sedap simpan dalam peti ais.
Dah siap dan boleh dimakan!
Kongsi resipi: Sally Ahmad