Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ashraf Muslim Positif Covid-19

Isi Kandungan

Jika sebelum ini Puteri Aishah, pelakon kanak-kanak, pengarah serta beberapa kru drama ‘Demi’ disahkan positif Covid-19, kini pelakon Ashraf Muslim pula menjadi mangsa seterusnya pandemik itu.

Ashraf menerusi postingnya di Instagramnya memaklumkan menerima berita sedih itu pada 12 April lalu.

Baru balik dari Scotland

Pelakon, Ashraf Muslim mengesahkan positif COVID-19, sekembali menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland, penghujung bulan lalu.

Kumpulan produksi itu berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum kes penularan COVID-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuatkuasa.

Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif COVID-19.

Kumpulan produksi drama Demi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum kes penularan COVI1D-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa.

Seramai 18 tenaga kerja termasuk pengarah, pelakon dan kru yang menjalani penggambaran drama 26 episod siaran RTM itu tiba di Kuala Lumpur pada 31 Mac lalu.

Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif COVID-19.

Puteri Aishah mula rawatan di hospital

Pelakon Puteri Aishah yang disahkan positi1f COVID-19, memulakan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB)

Perkara itu diumumkan pengurusnya, Iman Tang melalui Instagram (IG) Story

Dalam perkongsian itu, Iman memohon peminat berdoa urusan pendaftaran dan proses rawatan pelakon itu dipermudahkan.

“Syukur alhamdulillah, Puteri nampak sihat. Dia sempat menghantar foto dan beritahu sedang dalam ambulans dan dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

“Sama-sama kita doakan semoga Puteri selamat dalam perjalanan dan segala urusan pendaftaran di hospital… Insya-Allah,” katanya.

Ashraf Muslim Positif Covid-19 1
Ashraf Muslim

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ashraf Muslim mengesahkan positif COVID-19, sekembali menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland, penghujung bulan lalu.

Sekian lama berdiam mengenai keadaan dirinya, Ashraf akhirnya berkongsi luahan hati menerusi entri Instagram (IG), tengah hari ini.

 

Ashraf memohon maaf kepada semua pihak termasuk rakan media kerana memilih tidak memberikan sebarang kenyataan.

“Tanggal 12 April lalu menjadi jawapan bagi saya mengenai keputusan ujian COVID-19.

“Ya, saya dijangkiti virus COVID-19. Sewaktu itu walaupun sebak mendapat tahu jawapannya, tetapi saya reda dengan pilihan Allah.

“Ada hikmah di sebaliknya. Datang ‘nervous’ dan macam-macam perasaan apabila masuk ambulans.

“Maafkan saya ahli keluarga, sahabat dan rakan,” kongsinya.

Dalam entri itu, Ashraf turut memohon doa orang ramai untuknya dan mereka yang disahkan positif COVID-19.

Bagaimanapun, Ashraf tidak mendedahkan secara terperinci lokasi hospital menjalani rawatan dan kuarantin.

“Tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit COVID-19. Semoga Allah jauhkan wabak ini, tidak berterusan dan menyihatkan semua.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan wartawan yang menghubungi saya. Harap faham dengan situasi saya sekarang.

“Tak lupa kepada petugas barisan hadapan seperti doktor, pembantu perubatan, jururawat dan mereka yang terbabit. Terima kasih, kalian adalah hero kami,” tulisnya.

Pelakon filem Aku Masih Dara dan Bukan Cinta Malaikat itu berkata, dia berharap keluarganya mendoakannya dijauhi segala kesulitan.

“Kepada Mama, Ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah, doakan ayah supaya pulih daripada virus ini dengan cepat. Supaya kita dapat berjumpa beramai-ramai.

“Ayah rindu sangat, tetapi jangan risau ayah okay, sihat, boleh solat dan baca al-Quran seperti biasa.

“Berprasangka baik pada Allah. Hanya Allah memberikan penyakit dan memberikan kesembuhan,” tulisnya.

Kumpulan produksi drama Demi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum kes penularan COVID-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa.

Seramai 18 tenaga kerja termasuk pengarah, pelakon dan kru yang menjalani penggambaran drama 26 episod siaran RTM itu tiba di Kuala Lumpur pada 31 Mac lalu.

Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif COVID-19.

sumber: bharian onlline

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More