KWSP i-SARAAN : INSENTIF RM250 BAGI YANG BEKERJA SENDIRI
KWSP i-saraan adalah satu kemudahan untuk menyimpan wang KWSP bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap ataupun bekerja sendiri.
Anda juga boleh mengetahui tentang bantuan geran pelancaran JKM “One-off” sebanyak RM2,700. Semoga bermanfaat.
Isi Kandungan
APAKAH KWSP i-SARAAN?
KWSP i-SARAAN adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sekaligus tidak mempunyai simpanan KWSP. Oleh yang demikian, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mewujudkan satu kemudahan simpanan wang KWSP bagi mereka.
Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Antara manfaat daripada i-Saraan ini adalah, para pencarum akan menerima sebanyak 15% daripada simpanan setahun. Ianya terhad kepada RM250 setahun.
Sumbangan dari kerajaan ini adalah terhad kepada pencarum yang berumur 60 tahun ke bawah.
APAPAH MANFAAT KWSP i-SARAAN?
Antara manfaat yang akan diterima oleh mereka yang mencarum melalui i-Saraan adalah :
- Menyediakan saluran untuk mereka yang tiada pendapatan tetap dan bekerja sendiri untuk membuat caruman.
- Boleh mencarum mengikut kemampuan kewangan.
- Boleh mengeluarkan simpanan bila-bila masa.
- Insentif 15% DARIPADA SIMPANAN. Terhad kepada 250 setahun.
- Menikmati dividen tahunan.
BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON KWSP i-SARAAN?
Permohonan i-Saraan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang secara online seperti berikut:
BAGAIMANAKAH CARA PEMBAYARAN CARUMAN DIBUAT?
Caruman boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:
SIAPAKAH YANG BOLEH MEMOHON KWSP i-SARAAN?
Mereka yang boleh mohon adalah seperti berikut :
BERAPAKAH HAD BAYARAN?
- Minimum : Tiada had minuman yang dikenakan.
- Maksimum : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013).
BAGAIMANAKAH UNTUK MEMOHON?
- Pendaftaran secara atas talian; atau
- Permohonan secara manual;
- MyKad
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan).
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Insentif KWSP i-saraan ini pastinya memberi nafas baru buat mereka yang kurang bernasib baik dari segi peluang pekerjaan. Kadang-kala walau sekuat mana sekalipun seseorang itu berusaha untuk kehidupan yang lebih baik, namun jika tuhan tidak menghendaki maka begitulah juga keadaannya. Namun begitu, jangan pernah mengalah kerana pasti sentiasa ada jalannya. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.