PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024
Pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 ini.
Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak yang bakal memasuki alam persekolahan Tahun 1 pada 2023 dan 2024, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online iaitu Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM – Public.moe.gov.my).
Pendaftaran adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.
Selain itu, anda juga boleh semak pusat ujian PKSK sesi 2022 – Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Isi Kandungan
APAKAH SYARAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024?
Berikut adalah syarat-syarat pendaftaran tersebut :
- Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
- Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan);
- Sijil Lahir murid;
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online);
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid;
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin;
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan);
- Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal);
Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang dimohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza.
BILAKAH TARIKH PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024
DIBUKA?
- Tarikh Mula : 1 Mac 2022
- Tarikh Tutup : 30 April 2022
- Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
- Tarikh Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022
BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024?
Ikuti langkah berikut untuk membuat pendaftaran :
- Layari portal rasmi Sistem Pengurusan Sekolah KPM;
- Klik “Pengguna Baru” pada pautan daftar masuk;
- Kemudian, tekan “Daftar Pengguna”;
- Klik “Daftar”;
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar;
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu “Tahun 1”;
- Kemudian klik “Permohonan Baharu”;
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar;
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Seterusnya, tekan butang “Simpan dan Seterusnya”;
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke “Semak Permohonan”;
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke bahagian terakhir iaitu “Perakuan”;
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu “Perakuan” dan klik “Peraku Benar Dan Hantar” di bahagian paling bawah menu;
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
BILAKAH TARIKH PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023?
Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2022, sesi persekolahan akan bermula pada 21 Mac 2022.
Berikut adalah Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM :
MAKLUMAT LANJUT
Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing. Rujuk maklumat pegawai e-daftar rendah berikut :
- MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH
- Atau email ke : [email protected]
- Jika mempunyai masalah teknikal, sila hubungi :
- Alamat : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementeria Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 Putrajaya.
- Email : [email protected]
Semoga informasi yang dikongsikan ini memberi manfaat serta memudahkan urusan ibu bapa serta penjaga yang bakal mendaftarkan anak-anak mereka ke persekolahan Tahun 1. Sebarkan untuk manfaat semua.