CARA DAPATKAN DUIT REFUND DALAM KAD TOUCH N GO YANG ROSAK, HILANG DAN EXPIRED
Kad Touch ‘n Go anda rosak? Aatau tercicir semasa pergi dan balik kerja? atau sudah tamat tempoh sedangkan masih banyak baki di dalamnya?
Jangan risau kerana ada caranya untuk anda mendapatkan balik duit tersebut. Kad Touch ‘n Go anda sebenarnya mempunyai jangka hayat iaitu selama 10 tahun.
Ketahui juga cara buka akaun ASB online (MyASNB).
Bagaimana untuk refund duit Touch ‘n Go tersebut? Anda perlu layari website Touch n Go, dan klik bahagian ‘E-refund’.
Namun begitu, proses e-Refund Touch n Go memerlukan 10 nombor yang tertera di belakang kad TNG anda. Jadi kalau kad dah hilang, susahlah kalau nak minta refund nanti kan?
Kalau boleh, sebaik saja anda dapat kad TNG, terus daftar online siap-siap. Masukkan 10 nombor yang tertera di belakang kad TNG anda.
Di sini kami kongsikan cara refund Touch n Go untuk kad yang hilang, rosak atau dah expired.
Isi Kandungan
BAGAIMANAKAH CARA REFUND TOUCH N GO JIKA KAD HILANG, ROSAK ATAU EXPIRED?
- Perkhidmatan e-Refund Touch ‘n Go ditawarkan kepada pelanggan yang telah mendaftarkan kad mereka di Portal MyTouchnGo;
- Jika anda merupakan pelanggan baru atau pelanggan yang sedia ada yang masih belum mendaftar, sila daftar terlebih dahulu di Pendaftaran Kad Touch ‘n Go;
- Setalah mendaftar kad Touch ‘n Go anda di MyTouchnGo Portal, anda boleh mengurus kad anda dengan melihat transaksi anda, semak e-penyata anda, kemas kini maklumat peribadi anda dan mendapat balik baki jika kad anda hilang atau dicuri;
- Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut :
-
-
Pemegang Akaun Malaysia– Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar. Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
-
Pemegang Akaun Asing– Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).– Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.– Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
-
Touch ‘n Go eWallet– Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.– Pembayaran e-Refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
-
- Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam tempoh (30) hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.
- Bagi permohonan e-Refund buat kad Touch n Go yang hilang atau dicuri, jumlah pembayaran balik baki kad adalah berdasarkan kepada jumlah nilai yang direkodkan pada tarikh permohonan e-Refund tersebut.
-
Bagi bantuan yang selanjutnya atau jika mempunyai masalah, sila hubungi :– Emel: [email protected]– Twitter @MyTouchnGo
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi pautan beirkut:
- Customer service Touch ‘n Go;
-
Emel: [email protected]
-
Twitter @MyTouchnGo
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua yang membaca. Pastikan anda mendaftar kad Touch n Go anda sebaik sahaja anda membeli kad tersebut. Barulah tak risau kalau apa-apa jadi kan?