Fenomena Roti Coklat Yang Dinamakan Roti Samad
Isi Kandungan
Cipta Fenomena Roti Coklat , myNEWS Namakan Roti Samad Sempena Lelaki Ini
Roti Coklat ? LELAKI ini bukan selebriti mahupun influencer, tetapi namanya diangkat sebagai jenama roti kegemaran di Jepun yang dijual di kedai serbaneka terkenal di negara ini.
Begitulah tuah Samad, 28, atau nama sebenarnya Mohamad Shazmeel Shah Mohd Azeman yang ditawarkan kontrak dua bulan apabila namanya digunakan sebagai jenama roti itu.
Samad berkata, dia tidak menyangka gemar memakan roti disaluti krim coklat itu sejak Oktober lalu, memberikan tuah kepadanya.
“Saya mula makan roti ini sejak satu cawangan baru kedai itu dibuka berdekatan pejabat lama saya di Seksyen 13, Shah Alam.
“Isteri saya yang mula membelinya terlebih dahulu, sebelum saya juga tertarik hingga menjadikannya makanan rutin saya di pejabat setiap pagi.
“Saya gemar memakannya kerana rotinya besar, lembut dan krimnya tidak begitu manis selain mudah dibawa ke mana-mana serta harganya berpatutan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Katanya, teruja dengan keenakan roti itu membuatkannya kerap berkongsi pengalamannya itu dengan memuat naik gambar serta perihal roti itu di media sosial.
Roti Coklat
“Pernah beberapa kali saya tidak dapat makan roti itu kerana kehabisan stok bekalan di kedai berkenaan.
“Sebaik bekalan ditambah, saya memuat naik gambar roti itu dalam Twitter dan Instagram dengan keterangan ‘akhirnya ada bekalan’ dan beberapa ‘posting’ lagi mengenai roti itu.
“Saya tidak sangka lama kelamaan, ramai orang turut membelinya selepas terpengaruh dengan ‘iklan’ tidak sengaja saya itu,” katanya.
Jurutera perisian sebuah syarikat swasta itu berkata, selepas mencipta ‘fenomena’ itu di media sosial, pihak pengurusan kedai serbaneka berkenaan memberikan penghargaan kepadanya
“Pada mulanya mereka menghantar dua kotak berisi roti kegemaran saya itu sebelum saya dipelawa melihat operasi kilang mereka di Kota Damansara, penghujung Januari lalu.
“Ketika itu, mereka turut berbincang mengenai perancangan masa depan termasuk mahu bekerjasama dengan saya dalam aspek penjenamaan roti itu.
“Ia sesuatu yang tidak pernah disangka dan saya rasa sangat bertuah apabila 18 Mac lalu roti ini secara rasminya dijenamakan kepada #rotisamad dengan kontrak selama dua bulan,” katanya.
Bercerita mengenai namanya, lelaki itu berkata, Samad adalah nama panggilannya sejak menuntut di universiti.
“Semasa program orientasi di universiti, kami guna nama panggilan yang ringkas dan mudah untuk diingati.
“Sejak itu, ia itu kekal sampai sekarang. Walaupun nama sebenar saya jauh berbeza, tapi saya tetap bangga dan selesa menggunakan nama Samad ini,” katanya.
kredit : HMetro