Resepi Tart Nenas Kerang
Nak belajar Resepi Tart Nenas Kerang? Selamat Berpuasa!. Hari ini merupakan hari pertama umat Islam berpuasa. Eh..awalnya penulis kongsikan resepi biskut kan. Tak apa, korang boleh salin sedia resepi ni. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020, jangan jadikan alasan tak nak buat biskut ya.
Okeylah, penulis pun sengaja kongsikan resepi ni supaya boleh kumpul resepi biskut mana yang penulis nak buat nanti. Tahun ni lebih banyak masa berada di rumah. Jadi bolehlah penulis ajak anak-anak buat sama-sama biskut ni nanti. Selamat mencuba.
Resepi Tart Nenas Kerang
Bahan A : (76 pcs)
- 150 gm mentega
- 100 gm marjerin
- 50 gm gula aising
- 50 gm susu tepung
- 50 gm tepung jagung
- 1/4 sudu teh emplex
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 2 biji kuning telur gred B
Bahan B :
- 350 gm tepung gandum
(tepung nanti boleh di ubahsuai supaya mendapat doh yang lembut) - Inti nenas/epal yang secukupnya
Bahan Sapuan :
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh susu cair
- Beberapa titis pewarna kuning
Cara-Cara membuat Tart Nenas Kerang :
1. Sebatikan mentega, marjerin, gula dan telur dengan menggunakan senduk kayu kemudian campurkan kesemua bahan-bahan yang lain kecuali inti nenas.
2. Uli adunan sehingga menjadi adunan doh yang tidak melekat di tangan, pastikan adunan doh lembut supaya mudah untuk proses menekan doh di dalam acuan.
3. Setelah siap di uli perapkan adunan doh sekejap supaya bahan-bahan lebih sebati dan mesra.
4. Ambil sedikit adunan doh, masukkan ke dalam acuan tart kerang. Masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit adunan doh lagi. Kemaskan.
5. Kemudian tekan acuan tart kerang untuk mengeluarkan tart tadi. Susunkan di dalam dulang pembakar.
6. Oles bahagian atas tart kerang dengan bahan sapuan kuning telur. Bakar pada suhu 170’C selama 25-30 minit atau sehingga kelihatan masak dan kekuningan…
INFO : Buat seperti buah melaka dan masuk ke dalam acuan tart kerang, kemaskan & tekan untuk keluarkan ia dari acuan..
sumber Resepi Tart Nenas Kerang : FB : MAHN@ Jamayah Yahod