Sumber Rujukan Globalisasi Anda

ePrasekolah: Cara Mendaftar Prasekolah KPM Untuk Sesi 2023/2024

ePrasekolah adalah sistem atas talian untuk mendaftar anak-anak ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan telah dibuka untuk permohonan sejak 1 Mac yang lalu.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

Isi Kandungan

Apakah ePrasekolah?

ePrasekolah adalah sebuah sistem atas talian untuk pendaftaran anak-anak ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain proses permohonan pendaftaran masuk ke prasekolah KPM, ada beberapa fungsi lain juga yang disediakan melalui sistem ePrasekolah ini. Pembangunan sistem ini adalah sejajar dengan perkembangan teknologi moden masa kini, di mana dunia makin banyak menggunakan sistem teknologi maklumat (IT) menjadikan semuanya hanya di hujung jari.

Fungsi ePrasekolah

ePrasekolah mempunyai beberapa fungsi seperti berikut:

  1. Fungsi utama adalah sebagai Sistem Permohonan untuk masuk ke prasekolah KPM di mana anda boleh membuat permohonan, semak serta kemas kini permohonan anda, dan juga membuat rayuan permohonan.
  2. Kemaskini maklumat emel anda supaya emel di dalam sistem adalah yang terkini supaya memudahkan maklumat disampaikan kepada anda.
  3. Anda boleh membuat carian maklumat berkenaan institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM.
  4. Anda juga boleh semak Status Pendaftaran murid prasekolah melalui sistem ini.

Tarikh Penting ePrasekolah

Berikut adalah antara tarikh-tarikh penting bagi sistem ePrasekolah KPM:

  1. Bagi sesi 2023/2024, permohonan untuk prasekolah KPM telah dibuka mulai 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022.
  2. Semakan status penempatan prasekolah boleh dibuat mulai 5 Ogos 2022 kelak.
  3. Rayuan permohonan bagi permohonan yang tidak berjaya pula akan dibuka dari 5 Ogos 2022 hingga 20 Ogos 2022.

Syarat Kelayakan Permohonan ePrasekolah

Untuk memastikan permohonan diproses dan diluluskan, anda perlu memastikan syarat-syarat kelayakan berikut dipatuhi:

  1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
  2. Kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019.

Cara Menggunakan Sistem ePrasekolah

Di sini admin sediakan panduan untuk anda gunakan sistem ePrasekolah. Selain itu, anda juga boleh muat turun Manual Pengguna ePrasekolah sebagai panduan lengkap anda untuk menggunakan sistem ePrasekolah.

Cara Mendaftar Pertama Kali ePrasekolah

Untuk mendaftar buat pertama kali bagi menggunakan sistem ePrasekolah, anda boleh ikuti langkah-langkah yang diberikan di sini:

1. Layari laman sesawang ePrasekolah KPM melalui komputer mahupun telefon pintar dengan menggunakan pautan ini: https://eprasekolah.moe.gov.my/

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

2. Daftar sebagai Pengguna terlebih dahulu, isikan maklumat seperti diminta di bawah.

Nota:Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar, dan pastikan emel yang didaftarkan adalah emel anda yang masih aktif.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

3. Pastikan anda lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam sistem dengan betul:

  • Pastikan maklumat yang didaftarkan ke dalam sistem adalah maklumat ibu bapa/penjaga
  • Pastikan anda isikan nama penuh beserta nombor kad pengenalan (MyKad) yang betul bagi memastikan tiada masalah ketika pendaftaran kelak
  • Pastikan anda ingat kata laluan, dan tidak mendedahkannya kepada orang lain selain anda sebagai pengguna sistem
  • Pastikan nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan ke dalam sistem adalah aktif.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

4. Kini anda boleh daftar masuk menggunakan Nombor MyKad dan kata laluan yang telah anda daftarkan tadi.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

Cara Membuat Permohonan

Di sini disediakan panduan lengkap cara untuk mengisi permohonan kemasukan prasekolah KPM menggunakan ePrasekolah.

1. Log masuk ke dalam sistem menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah anda daftarkan seperti di atas.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

2. Di dalam sistem, klik butang Permohonan, dan masukkan Nombor MyKid anak anda sebelum tekan butang Seterusnya.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

3. Lengkapkan bahagian Maklumat Murid dan tekan Langkah 2 setelah semua maklumat diisi.

Nota:
i. Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
ii. Bagi Mykid yang tiada rekod dalam JPN, ibu bapa/penjaga perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

4. Isikan atau kemas kini Alamat Semasa Pemohon sebelum klik butang Langkah 3.

Nota :
Alamat yang dipaparkan adalah berdasarkan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ibu bapa/penjaga mesti mengemas kini maklumat ini berdasarkan alamat semasa pemohon.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

5. Seterusnya, isikan Maklumat Ibu Bapa/Penjaga dengan lengkap. Pada ruangan pendapatan ibu bapa/penjaga (jika berkaitan), sila isikan angka “0.00” jika tiada pendapatan. Setelah selesai, klik butang Langkah 4.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

6. Masukkan maklumat tanggungan di bawah ibu bapa/penjaga. Kanak-kanak yang memohon juga perlu diletakkan dalam maklumat tanggungan. Setelah selesai mengisi semua maklumat tanggungan, klik butang Langkah 5.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

7. Masukkan maklumat tentang prasekolah yang ingin dipohon. Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu sekolah sahaja. Setelah selesai, klik butang Langkah 6.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

8. Ibu bapa/penjaga disarankan untuk membuat semakan maklumat sebelum hantar permohonan. Setelah semakan dibuat, klik kotak Pengesahan sebelum anda klik butang Hantar Permohonan.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

9. Sila buat semakan jika perlu, dan cetak permohonan yang telah lengkap. Permohonan yang telah lengkap dan dicetak perlu dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2022, beserta dokumen yang berkaitan.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

Semakan/Kemas Kini ePrasekolah

1. Untuk membuat semakan, anda boleh klik pautan Semakan di laman utama ePrasekolah, seperti ditunjukkan di bawah.

2. Status adalah merujuk kepada status permohonan anda sama ada;
i. Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum diterima oleh pihak prasekolah.
ii. Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah.
iii. Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon.
iv. Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

3. Anda juga boleh lakukan kemas kini maklumat permohonan anda dengan menekan butang kemas kini di bahagian Tindakan di laman semakan permohonan (seperti rajah di atas). Ruang kemas kini akan terpapar seperti rajah di bawah.

4. Perlu diingatkan bahawa kemas kini di dalam sistem ePrasekolah adalah tertakluk kepada perkara berikut:

i. Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
ii. Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
iii. Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
iv. Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

5. Setelah keputusan diumumkan, anda boleh semak keputusan dan cetak surat tawaran seperti di bawah.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

ePrasekolah: Cara Mendaftar Prasekolah KPM Untuk Sesi 2023/2024 1

Kaedah Memohon Rayuan ePrasekolah

1. Permohonan Rayuan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2022 sehingga 20 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan KPM).

2. Permohonan Rayuan boleh dibuat secara manual oleh ibu bapa/penjaga sama ada melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal, ataupun melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Pejabat Pelajaran Wilayah (PPW) / Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

3. Selain itu, ibu bapa/penjaga juga boleh membuat sendiri Permohonan Rayuan secara atas talian melalui laman ePrasekolah seperti di bawah. Pastikan anda gunakan ID pengguna dan kata laluan yang sama ketika anda membuat permohonan.

ePrasekolah: Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023/2024

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke KPM dengan cara berikut:

1. Hadir ke mana-mana Helpdesk untuk bantuan

  • Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

2. Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan. Senarai emel boleh didapati di dalam Manual Pengguna ePrasekolah.

Jika anda mempunyai aduan berkenaan sistem sila emelkan kepada: [email protected]

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More