Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Elaun Pekerja OKU 2022

Elaun Pekerja OKU 2022 atau Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah insentif buat golongan Orang Kurang Upaya di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Elaun Pekerja OKU 2022

Isi Kandungan

Apakah Elaun Pekerja OKU 2022 (EPOKU)?

Dalam komitmen Kerajaan Malaysia bagi memastikan tiada lapisan masyarakat yang tertinggal dalam misi membangun dan memajukan tanah air, kerajaan telah meyediakan pelbagai inisiatif, bantuan, suntikan dana dan lain-lain jenis bantuan tidak mengira lapisan masyarakat Malaysia yang majmuk. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah kelompok yang amat perlu diberi perhatian dalam kalangan masyarakat Malaysia, oleh kerana mereka terhad dalam melakukan apa-apa aktiviti oleh kerana kelainan upaya mereka.

Melalui Bajet 2022 yang telah dibentangkan tahun lalu, bantuan pada golongan OKU telah dimasukkan menjadi sebahagian komitmen kerajaan untuk tahun 2022 menggunakan program Elaun Pekerja OKU 2022. Elaun Pekerja OKU ini mempunyai tujuan utama dalam menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja, serta mampu hidup berdikari serta menjadi ahli masyarakat yang produktif. Kadar bantuan yang diberi melalui EPOKU ini adalah sebanyak RM450 sebulan untuk setiap orang.

Program ini adalah di bawah peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan dikendalikan sepenuhnya jabatan tersebut.

Syarat Kelayakan Elaun Pekerja OKU 2022

Bagi menyemak jika anda adalah layak untuk EPOKU, berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan ini:

  1. Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia
  2. Berumur 16 tahun ke atas
  3. Pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat
  4. Mempunyai pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah

Nota:

  • Bagi mana-mana kes yang berkeperluan, ia akan layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, seperti yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3-Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon EPOKU 2022

Bagi mendapatkan bantuan ini, anda boleh membuat permohonan mengikut kaedah di bawah:

  1. Pemohon perlu mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  2. Borang yang lengkap haruslah dibawa bersama-sama dokumen sokongan, ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian

Nota:

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan adalah dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara:
  1. Setiap permohonan yang telah didaftarkan akan melalui proses siasatan bagi penilaian dibuat untuk tujuan pengesahan kelayakan bantuan kepada pemohon
  2. Urusan ini adalah bertepatan dengan prinsip penyampaian bantuan yang berpandukan kelayakan, bukannya hak.

Senarai Dokumen Sokongan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan Sijil Kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Borang-Borang Berkaitan

  1. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  2. Borang Pemohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Elaun Pekerja OKU 2022 ini boleh berhubung terus dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di pejabat yang berdekatan anda. Senarai pejabat JKM di seluruh negara boleh didapati DI SINI.

Di bawah pula adalah maklumat perhubungan untuk Ibu Pejabat JKM:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More