Permohonan Rumah PPR : Hanya RM124 Sebulan
Permohonan Rumah PPR : Hanya RM124 Sebulan telahpun diumumkan dan dibuka untuk golongan yang layak.
Isi Kandungan
Apakah Program Perumahan Rakyat (PPR)?
Program Perumahan Rakyat atau PPR adalah satu bentuk program oleh kerajaan Malaysia bagi penempatan semula setinggan bagi mereka yang layak dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan B40 yang berpendapatan rendah. Agensi pelaksana utama bagi projek PPR di seluruh negara adalah Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Semua rumah yang dibina di bawah program PPR menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
Rumah PPR terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
- PPR Dimiliki
- PPR Disewa
Rumah PPR Disewa
Program Rumah PPR Disewa ini telah pun diperkenalkan pada bulan Februari tahun 2002. Program ini antara lainnya bertujuan untuk membolehkan golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan setinggan dapat menyewa rumah PPR pada kadar rendah iaitu sebanyak RM124 sebulan.
Nota: Kadar sewa adalah tidak termasuk kos penyelenggaraan rumah.
Ciri-Ciri Rumah PPR
Rumah PPR adalah mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
- Kawasan bandar : Jenis rumah bertingkat (antara 5 hingga 25 tingkat)
- Kawasan pinggir bandar : Kediaman bertanah (rumah teres)
- Keluasan : 700 kaki persegi
- Binaan : 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur
Kemudahan Asas Rumah PPR
Antara kemudahan asas yang boleh didapati di kawasan PPR adalah:
- Surau atau ruang solat
- Kemudahan untuk OKU
- Dewan Komuniti atau Ruang Orang Ramai
- Gerai Makan atau Ruang Niaga
- Tadika
- Taman Permainan atau Kawasan Lapang
- Tempat / Rumah Sampah
Syarat Permohonan Rumah PPR Disewa
Untuk membuat permohonan rumah PPR, berikut adalah syarat-syarat kelayakan:
- Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri kawasan PPR terlibat
Kaedah Permohonan Rumah PPR
Permohonan Rumah PPR boleh dibuat secara dua kaedah iaitu:
- Secara manual : Sila hubungi SUK Perumahan Negeri di negeri masing-masing untuk membuat permohonan
- Secara atas talian: Boleh melalui Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN) melalui laman sesawang https://sprn.kpkt.gov.my
Nota: Anda boleh baca panduan SPRN di pautan Permohonan PPR 2021 DI SINI
Pautan Maklumat Permohonan PPR / SUK Perumahan Negeri
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Kuala Lumpur
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
- Wilayah Persekutuan Labuan
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi:
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
No. Telefon : 603-8891 4410 (Bahagian Perancangan Perumahan)
No. Faksimile : 603 – 8891 4045
ATAU
Hubungi talian HOTLINE seperti di bawah.