Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Go Digital Hijrah Selangor 2022

Skim Go Digital Hijrah Selangor 2022 adalah satu bentuk skim pembiayaan di bawah Hijrah Selangor, dengan kerjasama syarikat peneraju tempatan. Pembiayaan boleh dimohon sehingga RM50,000, mengikut syarat-syarat ditetapkan.

Isi Kandungan

Apakah Skim Go Digital Hijrah Selangor?

Bagi membantu peniaga mengubah kaedah perniagaan mereka ke arah digital dengan menggunakan platform yang moden dan terkini, Skim Go Digital Hijrah Selangor telah diwujudkan. Dengan pembangunan pesat masa kini, dan kepantasan dunia IT di hujung jari serta kebergantungan kehidupan moden yang banyak dilakukan atas talian, amat baik jika para peniaga menyambut seruan untuk mula membuat pemasaran secara digital.

Bukan sahaja peniaga dapat mencapai lebih ramai pelanggan yang semakin gemar untuk membuat sebarang pembelian atas talian, pemasaran perniagaan digital juga dapat membantu menaik taraf keupayaan pasaran produk dan servis. Gabungan ini bakal memberikan kemampuan untuk peniaga mencapai keuntungan hasil jualan maksimum secara dalam talian.

Skim Go Digital Hijrah Selangor
Sumber Facebook Rasmi Hijrah Selangor

Soalan Lazim Mengenai Skim Go Digital Hijrah Selangor

Bilakah Skim Go Digital Hijrah Selangor Bermula?

Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Inisiatif Selangor E-Pembekalan Peruncit Mikro untuk membantu peruncit mikro dan kecil di negeri Selangor menerusi Belanjawan Negeri Selangor 2021.

Sementara itu, program Selangor E-Kitchen dan Selangor E-Bazar Raya adalah satu kejayaan di negeri Selangor. Justeru, Kerajaan Negeri Selangor telah memperluas dan meneruskan program ini dengan penjenamaan kepada Selangor E-Kitchen 2.0.

Yayasan Hijrah Selangor kemudiannya telah memperkenalkan satu skim pembiayaan bagi gabungan dua program ini, dengan peruntukan sebanyak RM15 juta melalui pinjaman kepada usahawan yang layak. Skim ini telah diberi nama Skim Go Digital, dalam usaha ke arah digitalisasi para usahawan.

Usaha penggunaan digital ini adalah bagi membantu para usahawan mikro dan kecil dalam memasarkan produk dan servis mereka secara meluas, memudah serta mempercepat prosses pesanan dan pembayaran.

Apakah Yang Terkandung Dalam Skim Go Digital Hijrah Selangor?

Pakej yang ditawarkan Skim Go Digital Hijrah Selangor ini merangkumi:

  • Sistem dan Peralatan
  • Pemasaran
  • Latihan
  • Pemantauan
  • Perkhidmatan Jalur Lebar
  • Selangor Data Internet (Tawaran Terhad)

Syarikat Peneraju Manakah Yang Bekerjasama Dengan Skim Go Digital?

Skim Go Digital Hijrah Selangor dengan kerjasama syarikat peneraju:

  • Foodpanda
  • SELDEC

menawarkan persekitaran perniagaan secara atas talian yang sangat lengkap dan berkesan bagi pemasaran perniagaan para usahawan.

Siapa Yang Layak Untuk Memohon?

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Skim Go Digital Hijrah Selangor adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Rakyat Selangor atau bermastautin lebih dari 5 tahun
  3. Mengundi di Selangor
  4. Berumur di antara 18 – 65 tahun
  5. Perniagaan masih beroperasi
  6. Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
  7. Layak menjadi pembiayaan kedua bagi peminjam Hijrah

Apakah Syarat Pembiayaan Skim Go Digital?

Bagi pembiayaan di bawah skim Go Digital ini, syarat-syarat adalah:

  1. Had pembiayaan RM1,000 sehingga RM50,000
  2. Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 250 minggu (5 tahun)
  3. Caj perkhidmatan sehingga 8% setahun
  4. Bayaran balik secara mingguan

Apakah Dokumen Yang Perlu Untuk Memohon?

Sebelum anda membuat permohonan, pastikan anda sediakan dokumen-dokumen di bawah:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport
  3. Salinan lesen/permit perniagaan (SSM/lesen PBT) pemohon
  4. Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (menunjukkan nombor akaun pemohon)
  5. Salinan bil utiliti tempat tinggal
Skim Go Digital Hijrah Selangor
Sumber Laman Web Rasmi Hijrah Selangor

 

Permohonan Skim Go Digital Hijrah Selangor 

Untuk membuat permohonan secara atas talian, layari laman sesawang berikut:

Mohon disini : http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/

Cara Mendapatkan Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Skim Go Digital Hijrah Selangor ini, anda boleh gunakan antara kaedah berikut:

Video Ringkas Berkenaan Skim Go Digital Hijrah Selangor

Sumber Laman Web Rasmi Hijrah Selangor

Apa Lagi Bentuk Pembiayaan Yang Ada Untuk Usahawan?

Selain Skim Go Digital Hijrah Selangor yang khusus untuk usahawan Selangor, terdapat beberapa skim pembiayaan lagi yang boleh anda mohon sebagai peniaga. Antaranya adalah:

  1. Tekun Nasional telah melancarkan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro Tekun bagi membantu usahawan terutamanya yang terjejas dengan keadaan pandemik COVID-19. Boleh baca lebih lanjut di pautan ini: Skim Pembiayaan Informal Dan Mikro Tekun
  2. MARA telah mengumumkan pada akhir tahun 2021, suatu bentuk skim pembiayaan buat peniaga. Anda boleh rujuk di pautan berikut untuk maklumat lanjut: Pembiayaan Perniagaan MARA 2022
  3. Yaysan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah mengumumkan satu bentuk skim bantuan untuk peniaga menyediakan peralatan perniagaan untuk perusahaan mereka. Boleh baca lanjut di pautan ini: SKIPP 2022: Skim Bantuan Peralatan Perniagaan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More