Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Zamsaham Dilabel Kedekut, Jawapan Ini Buat Ramai Tersentap

Zamsaham Dilabel Kedekut : Kalau ada yg kata saya kedekut, saya tak mahu bayar gaji besar-besaran adalah sebab kita tak mahu Kelantan FC jadi macam sebelum ini.

Kalau kita tak bayar gaji, bukan saya jer malu, fans juga malu. Mana nak letak muka. Saya kena kedekut sebab ini pelaburan giler. Kalau silap, luarbiasa kesannya.

Zamsaham Dilabel Kedekut

Kita bayar gaji pada yg bersesuaian. Tak semua pemain gaji RM3k ada juga yg sebesar RM10-20k sebulan. Kita juga ada sistem KPI. Kalau main bagus, adakala saya berikan hadiah dan bonus pada Team coaches, pengurusan dan pemain. Ada kala terlewat, yang penting impian utk melihat Kelantan FC setiap bulan dapat gaji tercapai.

Boszam belanja lah besar untuk Kelantan FC? Lagi satu, kalau saya dapat peruntukkan Kerajaan Negeri macam sesetengah team, alangkah indahnya. Saya mungkin akan berbelanja besar, sebab wang Free jatuh dari langit!

Zamsaham Dilabel Kedekut
Zamsaham Dilabel Kedekut


Benarkah dalam era penswastaan masih ada team dapat dana kerajaan sampai RM20juta -RM30juta semusim? Tiap bulan ada wang dari kerajaan dipindahkan utk bayar gaji pemain bola.

Apakah ruling FIFA tidak terpakai dalam pembabitan langsung kerajaan negeri dalam team bola? Sesuatu perlu dilakukan. Biar jelas dan perlu ada keseimbangan dana atau terhadkan jumlah yg kerajaan negeri boleh berikan ke team jika ianya adalah untuk promosi negeri atas kapasiti bola atau sebagainya. Saya bukan cemburu, cuma rasa tak adil. Kalau swasta, benar2 swasta.

InshaAllah, kalau TRW Kelantan FC kaya , saya tak lokek untuk berbelanja besar sesuai dengan target kesannya. buat masa sekarang, biarlah saya dikatakan kedekut pada tempatnya.

Sumber Instagram Zamsaham

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More