10 Tempat Menarik Bercuti Di Kelantan
10 TEMPAT MENARIK OOTD Bercuti Di Kelantan
Lokasi yang pasti akan membuat anda teruja dan puas hati.
1. Pantai D’Aur, Bachok
Antara pantai yang bersih dan cantik di Kelantan. Bayaran masuk RM5 untuk sebuah kereta. Sesuai sangat untuk nak relaks santai, selfie, celebrate birthday dan sebagainya.
2. Pantai Senok, Bachok
Pantai Senok Di Kelantan Tempat Menarik Yang Sangat Memukau Untuk Di Kunjungi. Ini merupakan antara tempat pantai yang sangat menarik di negara kita. Maka jangan lepaskan peluang jika anda melancong ke negeri ini maka kami sangat mencadangkan anda untuk pergi melawat kesini bagi melihat atau merasai sendiri keindahan di Pantai Senok di Kelantan
Oh ya, jika anda merancang untuk datang ke Pantai Senok di Kelantan ini, pihak kami menyarankan anda untuk menyelidik mengenai beberapa info penting seperti lokasi, apa kata pelawat terdahulu, kos terlibat, papan tanda keselamatan dan sebagainya.
3. Jeram Mengaji
Keindahan alam semula jadi di Jeram Mengaji Agro Resort menjadi tarikan untuk pengunjung bergambar, selain dapat menikmati air susu lembu, kambing segar dari ladang. Boleh dikatakan Kundasang Versi Kelantan, ada juga yang menyamakannya dengan ala-ala New Zealand.
4. Pantai Mek Mas, Kuala Besar
Pantai Mek Mas, Kuala Besar di sini yang sebelum ini ‘sepi’ kembali meriah dengan kedatangan orang ramai selepas fenomena ‘laut terbelah’ di kawasan itu tular di media sosial
5. Sawah Padi Wakaf Bata, Machang
Antara tempat menarik untuk photoshoot wedding. Sering menjadi kunjungan ramai untuk bergambar dan juga tempat wajib pengantin untuk photoshoot.
6. Denai Sungai Pengkalan Datu
7. Street Art Kota Bharu
8. Pantai Melawi
9. Kolam Air Panas Tokbok ( Akan dibuka )
10. Train To Dabong
Kelantan sememangnya penuh dengan tempat yang menarik yg belum diterokai sepenuhnya. Masih banyk lagi tempat menarik di Kelantan yang akan dikongsikan!!!
Kredit: Siti Hafiza Muhammad