Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2023
Isi Kandungan
Kadar Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor SPZAS
Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan mengikut peringkat pengajian seperti dinyatakan berikut:
- RM700 (SPZAS dalam negara)
- RM1,000 hingga RM2,500 (SPZAS IPT luar negara)
SPZAS DALAM NEGARA
Peringkat pengajian Sijil / Pra Universiti / Asasi / Matrikulasi / Pra Diploma / Diploma / Diploma Lanjutan / Ijazah Sarjana Muda / Sijil Prefesional dan Ijazah Sarjana
SPZAS LUAR NEGARA
Peringkat pengajian Sijil (Pengajian Islam ) / Sijil Profesional / Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana
SPZAS SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH
Sementara itu, kadar sumbangan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti berikut:
- Prasekolah / Tadika : RM200 (per tanggungan)
- Sekolah Rendah Kebangsaan : RM200 (per tanggungan)
- Sekolah Rendah AGama : RM200 (per tanggungan)
- Sekolah Menengah : RM200 (per tanggungan)
Syarat-syarat Permohonan SPZAS
Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Ketua keluarga / penjaga lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000.
- Dokumen sokongan sila rujuk pautanย www.zakatselangor.com.my/spzasย atau imbas kod QR yang dipaparkan dalam poster di atas.
NOTA: Permohonan adalah untuk BUKAN asnaf fakir, miskin & mualaf.
*Buat asnaf fakir, miskin & mualaf berdaftar, boleh memohon terusย https://pendidikan.zakatselangor.com.my
Tarikh Permohonan
Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dariย 3 Oktober hingga 3 Disember 2022ย secara dalam talian diย www.zakatselangor.com.my/spzasย .
Cara Permohonan
permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautanย www.zakatselangor.com.my/spzas.
Terdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:
- Kad Pengenalan Pemohon
- Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
- Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
- Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
- *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
- Kad OKU (Jika Berkenaan)
- Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
- Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)
*Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun diย www.zakatselangor.com.my/spzas.