Ramai Terkejut Melihat Perbandingan Silibus Darjah 1 di US Dan Di Malaysia Seperti Langit Dan Bumi
Silibus Darjah 1 : Silibus Grade 1 USA πΊπΈ mcm level Tadika Malaysia π²πΎ
Grade 1 umur 6-7 tahun (sini ikut tarikh lahir & academic year starts September-June)
Aku tunjuk perbezaan untuk orang kita menilai mana baik mana buruk . Apa USA buat untuk atasi masalah budak sekolah :
1. Silibus: kiri silibus negara kita yang aku pinjam dari fb cikgu Mohd Fadhli Salleh . Darjah 1 dah kena hafal sifir 6 . Anak aku 1st grade USA baru trace number macam budak 4 tahun tadika . Bagus ke tidak ? Macam slow sangat pula kan . Yang ni aku atas pagar. Agak agak la grade 1 tracing numbers dan letters je. Grade 3 hujung tahun baru nak masuk darab. Slow sangat Tapi sekolah sini start middle school & high school tiba tiba dia akan pecut. Mungkin sini dia bagi budak sekolah rendah banyak main dan suka sekolah dulu kot
Tapi kalau ada budak advanced , dia ada program untuk carter level anak tu . Ada mechanism dia untuk handle budak yang lain lain level
2. Bag sekolah berat : Tiada buku untuk bawa balik rumah . Tinggal dalam meja. Bawa balik laptop Dell (seorang dapat satu) , file kerja rumah atau kerja hari ini . Biasanya kerja kelas buat atas kertas je macam gambar ni . Mostly tinggal kat sekolah kecuali ada certain cikgu bagi bawa balik untuk tunjuk progress kat parents
3. Bilangan murid . Standard dalam kelas ada 20 . Paling banyak 25 . Dan tiap kelas mesti ada seorang cikgu dan seorang pembantu mengajar. Cikgu focus mengajar dan ada yang membantu bagi budak faham , bagi kertas, minta budak behave etc . Boleh la tenang sikit cikgu dan dapat focus dekat perkembangan budak budak
Apa apa pun , sebagai orang malaysia walaupun duduk di luar , Aku rasa sampai masa Malaysia once and for all pilih satu cara paling berkesan dan stick to it . Ni setiap kali tukar government/PM/menteri , tukar balik policy . Tak rasa itu bagus untuk pendidikan generasi kita . Yang penting , orang yang berfikiran kritis, wajib kita dokong bukan pangkah .
Kredit Silibus Darjah 1 : Facebook Saif Suhairi