OFFICIAL PN, Pas, GPS Bincang Bentuk Kerajaan Persekutuan | PRU15
Tiga pemimpin utama Perikatan Nasional (PN), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertemu untuk membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan, hari ini.
Perkara itu dikongsikan dalam Facebook Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pagi tadi.
Katanya, kunjungan itu untuk membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.
“Rundingan juga sedang dibuat dengan parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas.
“InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.