BANTUAN AM PERSEKUTUAN : RM 100 SEBULAN
Bantuan Am Persekutuan diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Ekoran daripada peningkatan kos sara hidup pada masa sekarang, kerajaan memperkenalkan satu bentuk bantuan kepada penduduk wilayah persekutuan bagi meringankan beban dalam mengharungi kehidupan di bandar metropolitan.
OBJEKTIF
Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
KADAR BANTUAN AM
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan
(PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin
Per Kapita Semasa;
3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan
bulanan JKM lain
CARA MEMBUAT PERMOHONAN Bantuan Am Persekutuan
Untuk membuat permohonan, sila klik pautan dibawah
PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN
Diharapkan Bantuan Am ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk Wilayah Persekutuan yang betul-betul memerlukan untuk meneruskan hidup yang penuh mencabar