Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pindaan Akta Kerja 1955: Cuti Bersalin 98 Hari Mulai 1 Januari 2023

Cuti bersalin yang terkandung dalam Pindaan Akta kerja 1955 sepatutnya dikuatkuasa 1 September lalu namun ditangguhkan oleh Menteri Sumber Manusia ketika itu, M Saravanan mengumumkan penangguhan penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955 kepada 1 Jan 2023.

Namun usaha itu diteruskan oleh kerajaan sekarang di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Menteri Sumber Manusia iaitu V Sivakumar.

cuti bersalin dinaikkan oleh Menteri V Sivakumar

V Sivakumar mengumumkan tiada lagi penangguhan, 1 Januari 2023 pindaan Akta Kerja 1955 dikuatkuasakan. Antara perkara penting dan disambut baik oleh masyarakat adalah waktu kerja dikurangkan dari 48 jam kepada 45 jam sahaja seminggu.

Isi Kandungan

Cuti Bersalin: Ramai Wanita Gembira

Ramai wanita-wanita yang berkahwin tentunya gembira perlaksanaan akta pindaan ini kerana penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari bermula Januari nanti.

Jika sebelum ini, cuti bagi pekerja swasta hanya dua bulan sahaja yang mana ramai merasakan ianya tidak mencukupi kerana tidak dapat sembuh sepenuhnya lagi dari wanita bersalin.

cuti bersalin

Hak Pekerja Yang Perlu Anda Tahu

Antara perkara yang dipinda dari Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023, Hak Pekerja yang perlu kita tahu adalah:

  1. Waktu kerja seminggu dikurangkan dari 48 jam ke 45 jam sahaja.
  2. Kelayakan Cuti Bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari.
  3. Cuti Paterniti sebanyak 7 hari. Maksimum 5 kelahiran sahaja.
  4. Individu bergaji RM1500 sampailah RM4,000, semua akan dapat OT bila jam bekerja lebih dari jam bekerja normal.
  5. Tidak boleh disuruh kerja melebihi 12 jam sehari jika kerja shift.
  6. Pengiraan Gaji bagi Tidak Lengkap Bulan adalah berdasarkan Calendar of Month. Bukan 26.
cuti bersalin
Sumber gambar FB rasmi Kementerian Sumber Manusia

V Sivakumar turut berkata, di bawah pindaan Akta Kerja 1955 itu, ia turut mewajibkan keperluan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) seperti yang termaktub di bawah Seksyen 60K (4).

Menurutnya Seksyen 60K (4) bertindak sebagai saringan awal yang efektif dalam memastikan majikan yang bakal menggajikan pekerja asing di Malaysia mempunyai rekod bersih dari aspek kepatuhan kepada standard perburuhan.

Jelasnya lagi, kewajaran untuk majikan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah JTKSM adalah kerana permohonan yang ditolak sebelum ini susulan kegagalan majikan mematuhi undang-undang perburuhan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus laman website rasmi Kementerian Sumber Manusia untuk mendapatkan info terkini sebagai hak pekerja.

Namun, jika hal sebaliknya berlaku, seperti anda diberhentikan kerja atau diberi notis pendek untuk meletakkan jawatan, anda boleh rujuk artikel ini untuk ketahui BANTUAN yang layak dapat selepas kehilangan pekerjaan.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More