Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ujian Akhir Sesi Akademik : Tahap Penilaian UASA

Ujian Akhir Sesi Akademik : Tahap Penilaian UASA terbahagi kepada beberapa tahap, berdasarkan garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). UASA bakal dilaksanakan mulai Januari 2023 ini.

Isi Kandungan

Apa Itu UASA?

Ujian Akhir Sesi Akademik atau singkatannya UASA telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelaksanaan bagi sesi persekolahan tahun 2023. Ianya akan bermula pada minggu ketiga bulan ini (Januari 2023), dan bakal diduduki oleh calon pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Tahap Penilaian UASA
Gambar hiasan dari sumber: Kosmo!

Apakah Kaedah Penilaian UASA?

Oleh kerana UASA adalah sesuatu yang baru untuk dilaksanakan, KPM telah membuat penetapan dan garis panduan untuk penilaian bagi ujian ini bagi peringkat sekolah yang terbabit. Tahap penilaian UASA ini telah diselidiki dan diberi perhatian mendalam supaya menepati tahap pendidikan dan juga pencapaian pelajar seiring dengan perjalanan pendidikan di Malaysia.

Berapa Kategori Tahap Penilaian UASA?

Tahap Penilaian UASA terbahagi kepada enam jenis yang telah ditetapkan bagi rujukan para guru. Tahap penilaian UASA adalah terbahagi seperti berikut:

TAHAP PENILAIAN UASA

PENERANGAN

1. TAHAP PENILAIAN 1

(TAHU)

Tahu perkara
asas ataupun mampu melakukan kemahiran asas dan juga memberi tindak balas kepada perkara asas

2. TAHAP PENILAIAN 2

(TAHU DAN FAHAM)

Menunjukkan kefahaman
untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang boleh dipelajari

3. TAHAP PENILAIAN 3

(TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT)

Menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi yang ditetapkan

4. TAHAP PENILAIAN 4

(TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB)

Melaksanakan kemahiran
dengan beradab dan mengikut arahan atau prosedur dengan teratur dan sistematik

5. TAHAP PENILAIAN 5

(TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI)

Melaksanakan sesuatu
kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur serta kekal positif

6. TAHAP PENILAIAN 6

(TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI)

Melaksanakan sesuatu
kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur serta kekal positif,
kreatif, inovatif dan boleh dijadikan contoh kepada yang lain

Senarai Koleksi Kertas Peperiksaan

Di sini terdapat beberapa koleksi kertas peperiksaan yang lepas untuk sumber rujukan semua:

KOLEKSI

PAUTAN

 Contoh soalan peperiksaan Tahun 4

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 4

Contoh soalan peperiksaan

Tahun 5

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5

Contoh soalan peperiksaan

Tahun 6

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 6

Contoh soalan peperiksaan Tingkatan 1

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1

Contoh soalan peperiksaan Tingkatan 2

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2

Himpunan nota Tingkatan 3

HIMPUNAN NOTA RINGKAS DAN PADAT TINGKATAN 3 SEMUA SUBJEK

Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi panduan buat pelajar dan ibu bapa serta guru dalam menghadapi sesi persekolahan 2023 dan seterusnya, terutama dengan format tahap penilaian UASA yang bermula tahun ini. Selamat maju jaya buat semua pelajar yang akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik untuk Januari 2023.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More