Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK 2023, Bantuan Sehingga RM5000
Dermasiswa Sultan Ismail Petra adalah berita gembira buat semua penuntut IPT dari negeri Kelantan. Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara dibuka bermula 1 Januari 2023 sepanjang tahun sehingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan.
Isi Kandungan
Syarat-Syarat
Syarat Umum
Antara syarat-syarat bagi bantuan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK 2023 adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia (peranakan Negeri Kelantan) yang lahir dan menetap di Kelantan.
- Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
- Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM10,000 ke bawah sahaja sebulan.
Syarat Khusus
Syarat khusus bagi pemohon Tahun Pertama pengajian:
- Layak memohon berdasarkan surat tawaran ( pelajar luar negara sahaja.
- Layak memohon bagi pelajar semester kedua dan ke atas dengan mendapat minima PNGK 3.0 ke atas (pelajar dalam negara sahaja)
Syarat khusus bagi pemohon Tahun Kedua Dan Ke Atas:
- Mesir-Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun berikut
- Lain-lain negara termasuk Malaysia -minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya
Jumlah Bantuan
Diingatkan sekali lagi, dermasiswa ini hanya diberi setahun sekali sahaja. Bukan bulanan. Jumlahnya adalah seperti berikut:
- 1 : Luar Negara
- Ijazah Sarjana Muda (RM5000)
- Sarjana (RM5000)
- Kedoktoran/PHD (RM5000)
- .2 : Dalam Negara
- Diploma (RM2500)
- Ijazah Sarjana Muda (RM2500)
- Sarjana (RM2500)
- Kedoktoran/PHD (RM2500)
Cara Permohonan
Bagi pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk memohon dermasiswa Sultan Ismail Petra ini, boleh membuat permohonan menerusi:
- Secara atas talian dengan klik pada pautan : https://eagihan.e-maik.my/
- Perkhidmatan KIOKS dan mesin pengimbas disediakan di Aras Bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri di Kelantan di bawah kod 28412
Dokumen Diperlukan
- Gambar berukuran pasport
- Salinan no kad pengenalan atau surat beranak pemohon
- Salinan no kad pengenalan atau passprot atau sijil kematian (sekirannya telah meninggal dunia) bapa pemohon/penjaga atau pasangan (jika pemohon dah berkahwin)
- Salinan no kad pengaenalan tanggungan
- Salinan penyata gaji terkini atau pendapatan terakhir
- Salinan surat pengesahan pengajian terkini dari institusi pengajian
- Salinan passport (bagi pemohon IPT luar negara)
- Salinan akaun bank terkini
- Salinan keputusan peperiksaan semesta terakhir
- Surat sokongan/ pengesahan permohonan daripada Pegawai
Penutup
Jika terdapat sebarang persoalan atau pertanyaan, boleh hubungi maklumat di bawah:
- Unit Tajaan Pendidikan MAIK di talian 09-7421519
- Email : [email protected]
Selain Kelantan yang beri dermasiswa Sultan Ismail Petra, Terengganu juga ada menyediakan bantuan untuk pelajar IPT melalu Yayasan Pendidikan MAIDAM. Bagi pemohon yang berminat, boleh hubungi di SINI.