Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2023

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2023 pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat terutama kepada golongan yang berkerja kerajaan. Jadual pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2023 telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara. Surat Pekeliling Akauntan Negara ini telah ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan 2 surat Kementerian Kewangan Malaysia iaitu;  Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 dan Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2023
Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2023

Isi Kandungan

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2023 MENGIKUT BULAN BAGI TAHUN 2023

Berdasarkan jadual tarikh pembayaran gaji penjawat awam yang dikeluarkan, tarikh pembayaran gaji penjawat awam setiap bulan adalah pada 23,24, atau 25 hb kecuali pada bulan-bulan yang istimewa seperti bulan perayaan, bagi memudahkan penjawat awam untuk menguruskan bajet perbelanjaan. Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat awam mengikut bulan adalah seperti di bawah:

BULAN TARIKH PEMBAYARAN GAJIPENJAWAT AWAM 2023 CATATAN

 

JANUARI 17/01/2023 TAHUN BARU CINA

(22& 23 Januari 2023)

FEBRUARI 24/02/2023
MAC 24/03/2023
APRIL 17/04/2023 HARI RAYA PUASA

(22 & 23 April 2023)

MEI 25/05/2023 HARI PESTA KEAMATAN

(30 & 31 Mei 2023)

JUN 23/06/2023 HARI GAWAI

(1&2 Jun 2023)

HARI RAYA HAJI

(29 & 30 Jun 2023)

JULAI 25/07/2023
OGOS 25/08/2023
SEPTEMBER 25/09/2023
OKTOBER 25/10/2023
NOVEMBER 24/11/2023 DEEPAVALI

(12 November 2023)

DISEMBER 19/12/2023 KRISMAS

(25 Disember 2023)

 

Para penjawat awam akan menerima gaji lebih awal pada bulan Januari, April, Mei, Jun, November dan Disember 2023. Di ingatkan agar penjawat awam berjimat- cermat dalam perbelanjaan dan mengamalkan perancangan kewangan bersesuaian dengan tarikh gaji seterusnya.

Tips Perancangan Kewangan Gaji Awal

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2023
Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2023

Setiap bulan yang menerima gaji awal, pasti menyebabkan para penjawat awam tertunggu-tunggu tarikh gaji seterusnya. Jom, kita belajar cara mengurus kewangan jika gaji lebih awal.

Utamakan komitmen bulanan kita

Yang pertama, pastikan anda selesaikan dahulu komitmen bulanan anda, seperti hutang kereta, hutang rumah, bayaran internet, bil elektrik dan air, dan sebagainya. Jika komitmen bulanan anda tertunggak, ia akan memberikan banyak kesan negatif, seperti blacklist dan sebagainya.

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2023

Perlu ada simpanan wajib

Yang kedua, lakukan simpanan wajib yang biasa anda lakukan pada bulan-bulan sebelumnya. Jika anda biasa menabung RM 100 setiap bulan, pastikan anda tetap menabung RM 100 seperti biasanya.

Merancang belanjawan mengikut bajet kita

Yang ketiga, rancang keperluan yang perlu di beli setiap bulan seperti barang dapur dan sebagainya. Rancang perbelanjaan sempena perayaan. Pemberian Angpaw atau duit raya boleh dirancang lebih awal, dan disimpan dari awal tahun untuk memudahkan urusan perancangan kewangan. Elakkan pembaziran. Tidak perlu untuk tukar langsir, sofa, mesin basuh, meja dan kabinet dapur setiap tahun, Elakkan perbelanjaan besar jika ia tidak perlu.

Apa pendapat anda tentang ini? Rancang kewangan agar kita tidak terbelenggu hutang. Kita rakyat bijak, perlu bijak merancang. Kepada yang mencari bantuan berkenaan dengan bantuan kewangan seperti Bantuan Khas Kewangan 2023, Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam RM700  ataupun boleh juga cuba apply Bantuan Sayangi Rumahku, Pembiayaan Sehingga RM15000 Tanpa Bayaran Balik bagi meringankan bebanan kita.

Penutup

Semoga perkongsian berkengaan dengan JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2023 MENGIKUT BULAN BAGI TAHUN 2023 ini membantu para penjawat awam disana dan juga dijadikan submer rujukan untuk kita merancang belanjawan kita dari masa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More