Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN RUMAH PPRT 2023

PERMOHONAN RUMAH PPRT 2023 kini telah dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan. PPRT atau Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu membaiki rumah penduduk Malaysia yang tinggal di pedalaman yang miskin dan daif.

Objektif utama permohonan rumah PPRT 2023 ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup sesebuah keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah yang sedia ada bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Isi Kandungan

Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan Rumah PPRT 2023?

Kumpulan sasaran PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa. Kriteria-kriteria kumpulan sasaran penerima bantuan rumah PPRT yang LAYAK MEMOHON adalah seperti berikut:

Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)

Atau

Diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri

Atau

Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan

Atau

Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Di samping itu, permohonan bantuan rumah PPRT 2023 ini lebih diutamakan kepada:

  1. Keutamaan diberikan kepada penduduk di daerah atau negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
  2. Bapa atau ibu tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.
  3. Mangsa bencana alam (yang berskala kecil) yang kehilangan rumah untuk berteduh.
  4. Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tiada rumah untuk beteduh.
  5. Warga emas yang tiada rumah untuk berteduh.

Untuk mendapatkan info yang lebih lanjut, anda boleh merujuk portal rasmi PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT) supaya tidak ketinggalan info-info yang penting.

Permohonan Rumah PPRT 2023

Jenis Kategori -Kategori PPRT

Kategori-kategori permohonan rumah PPRT 2023 ini terbahagi kepada 2 iaitu:

 Baik Pulih Rumah

 Bina Rumah 

  • Bantuan membaik pulih rumah ini akan melibatkan 3 elemen penting iaitu requisition, penyelenggaraan, dan penambahbaikan.
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
  • Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.
  • Syaratnya, bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana alam dan masih boleh untuk dibaiki.
  • Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah
  • Bantuan pembinaan rumah baharu akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah untuk didiami.

Atau

  • Bantuan pembinaan rumah baharu akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah tetapi terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.
  • Tidak ekonomik untuk dibaiki.
  • Syaratnya, pemohon mestilah memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh).

Atau

  • Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah)

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan Rumah PPRT 2023?

Permohonan Rumah PPRT 2023 hanya perlu dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dibawah:

  1. Layari Portal Rasmi eSPKR 
  2. Tekan pada “Program Perumahan Rakyat Termiskin” pada laman utama portal
  3. Sila lengkapkan semua maklumat pemohon yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
  4. Hantar permohonan

Info Tambahan: Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual iaitu dengan mendapatkan borang yang telah disediakan dibawah.

BORANG PERMOHONAN RUMAH PPRT SECARA MANUAL

Disini admin ingin kongsikan borang permohonan secara manual. Anda boleh download borang tersebut dalam pautan dibawah.

>>BORANG PERMOHONAN 1<<

>>BORANG PERMOHONAN 2<<

Sila download dah isikan detail dalam borang tersebut. Semoga berjaya.

Adakah Sedikit Perkongsian Tentang Permohonan Rumah PPRT 2023 Ini Membantu Anda?

Jika ianya membantu, kami sangat mengharapkan jasa baik anda untuk memperluaskan info ini kepada orang terdekat juga. Di samping itu, anda juga boleh membaca info bantuan-bantuan lain yang terdapat di portal kami antaranya Bantuan Tunai Rakyat 2023 Kategori Bujang dan Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 kerana pada portal Tcerdotmy kami hanya kongsikan info-info terkini yang padat dan tepat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More