Bantuan Pembiayaan Sehingga RM10000 Untuk Beli Dan Baiki Motosikal
Bantuan Pembiayaan Sehingga RM10000 adalah salah satu inisiatif Kerajaan kepada rakyat yang memerlukan. Salah satu inisiatif Kerajaan kepada rakyat adalah termasuklah melalui bantuan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 kepada mereka yang layak dan memerlukan.
Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini. Skim Pembiayaan TEKUN Mobileprenuer 4.0 ini adalah kepada mereka yang memerlukan untuk tujuan:
- Baik pulih motosikal
- Pembelian motosikal
- Modal pusingan
Permohonan boleh dilakukan di Pejabat Cawangan TEKUN berhampiran.
Isi Kandungan
Bantuan Pembiayaan Sehingga RM10000 Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0
Skim ini pada asasnya adalah pembiayaan modal untuk Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal.
Siapakah Yang Layak Memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 Ini?
Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 ini layak dimohon kepada:
- Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
- Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan berakhir sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang yang muflis
- Mempunyai lesen memandu (B1 / B2) yang sah
- Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar
- Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – untuk membaiki motosikal dan permohonan modal pusingan
- Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – untuk permohonan membeli motosikal
- Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
- Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberikan keutamaan
- Peserta perlu mematuhi garis-garis panduan serta terma dan syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
Berapakah Jumlah Pembiayaan Bagi Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 Ini?
Nilai bantuan pembiayaan bagi skim ini adalah seperti yang berikut:
Bantuan Pembiayaan Sehingga RM10000
- Bantuan Pembiayaan Bermula pada RM1000 sehingga RM10000
- Bantuan Pembiayaan Sehingga RM10000 ini hanya valid untuk tujuan membaik pulih motosikal, membeli motosikal dan modal pusingan sahaja
Cara Membuat Permohonan Bantuan Pembiayaan Sehingga RM10000
- Pemohon boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan borang permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0
- Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh lihat disini
SUMBER YOUTUBE: JIWA USAHAWAN
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan
- Borang permohonan pembiayaan – boleh dapatkan di Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan
- Gambar pemohon ukuran passport
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
- Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
- Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
- Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
- Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
- Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
- Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
- Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
- Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
- Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan
Berapa Lama Tempoh Proses Dan Tempoh Bayaran Balik Pembiayaan?
Tempoh proses dan bayaran balik skim ini adalah seperti yang berikut:
- Tempoh proses Skim TEKUN Mobilepreneur 4.0 adalah dalam masa 7 hari bekerja selepas membuat permohonan.
- Tempoh bayaran balik pembiayaan Skim TEKUN Mobilepreneur 4.0 adalah antara tempoh 1 tahun sehingga 3 tahun.
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kekeliruan tentang Bantuan Pembiayaan Sehingga RM10000 ini, boleh terus ke Portal Rasmi TEKUN Nasional atau ke Facebook Rasmi Tekun Nasional untuk dapatkan info terkini. Manakala untuk mendapatkan info bantuan lain yang terkini dari kerajaan pusat atau kerajaan negeri, boleh terus ke link BANTUAN TERKINI 2023
Apa Pandangan Anda Tentang Bantuan Pembiayaan Sehingga RM10000 Ini?
Bantuan Pembiayaan Sehingga RM10000 Skim TEKUN Mobilepreneur 4.0 ini sebenarnya sangat penting kepada semua usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal yang memerlukan kerana skim ini akan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka yang tidak mempunyai modal atau wang awal untuk membeli atau membaiki motosikal yang rosak dan sebagainya bagi mencari rezeki harian tanpa sebarang masalah. Justeru, kepada mereka yang memerlukan dan belum membuat permohonan, jom mohon sekarang!